Sampai bila lantikan politik dalam GLC akan berakhir? – zulkifli Yahya

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Bangi – Apa sahaja alasan kerajaan campuran, lantikan orang politik  dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertentangan dengan hasrat menolak amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran.

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya berkata, rakyat pastinya kesal dengan kerajaan yang meneruskan amalan melantik ahli politik dalam GLC.

“Ya, memang tidak salah lantik ahli politik yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya.

“Tapi malangnya, ia menampakkan PH + BN amal kronisme,” katanya kepada Ismaweb.net.

Isu lantikan ini tercetus apabila beberapa pemimpin politik dilantik dalam GLC antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik daripada PKR dilantik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Terbaharu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang kalah di Parlimen Machang pada PRU15 lalu, dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam GLC adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Dakwanya, kerajaan melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.

“Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
DATIN ASMAHAN ZAIDON

Bersikap Kritis Dengan Budaya Barat – Datin Asmahan Zaidon

Next Post
MISI BANJIR BERJASA

Banjir Batu Pahat Berpunca Daripada Masalah Saliran Air

Related Posts