Banjir Batu Pahat Berpunca Daripada Masalah Saliran Air

MISI BANJIR BERJASA

Batu Pahat – Banjir yang berlaku di Batu Pahat, Johor baru-baru ini adalah berpunca daripada masalah perparitan dan sistem saliran air yang tersumbat.

Itu penjelasan yang diberikan oleh penduduk Kampung Sri Bengkal, Batu Pahat ketika ditemu ramah oleh Gelombang Berjasa.

Jelas beliau, kawasan Kampung Sri Bengkal ini sudah dinaiki air selama dua minggu iaitu daripada 1 Mac hingga 18 Mac.

“Memang banyak rumah yang terjejas apabila banjir mula melanda kawasan kampung kami. Barang-barangan penduduk banyak yang rosak dan tidak dapat diselamatkan namun apa-apa pun kami bersyukur tiada korban jiwa yang terjadi”.

Tegas beliau, Kampung Sri Bengkal ini memang terletak di kawasan yang rendah maka mudah untuk dinaiki seterusnya berlakunya banjir.

“Kampung kami memang berada di kawasan rendah jadi kami banyak bergantung kepada parit kampung kami untuk pastikan saliran pengairan di sini berjalan dengan baik”.

“Namun sayang kawasan parit kami sudah tersumbat dan sudah lama tidak dibaik pulih hingga menyebabkan ia tersumbat”.

“Jadi dikesempatan ini saya mewakili penduduk Kampung Sri Bengkal ingin meminta ADUN Parit Yaani untuk mengusulkan kepada kerajaan negeri agar sistem perparitan di kampung kami boleh dinaiktaraf untuk mengelak insiden yang sama berlaku di kampung kami pada masa hadapan”.

Turut serta di tempat kejadian adalah Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan yang bersama-sama 25 tenaga sukarelawan daripada pasukan Kuda Besi dan Wira Watan dalam misi pembersihan di Kampung Sri Bengkal.

Beliau ketika dihubungi berkata, misi yang dijalankan ini berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada penduduk setempat.

“Kami daripada BERJASA prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Johor baru-baru ini. Oleh itu, kami daripada Pemuda BERJASA mengambil inisiatif bersama pasukan sukarelawan Kuda Besi dan Wira Watan menggerakkan misi pembersihan banjir ini”.

“Saya ada dengar keluhan daripada penduduk berkenaan masalah perparitan di kampung ini. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat Datuk Mohamad Najib Samsuri selaku ADUN Parit Yaani mendengar keluhan penduduk ini”.

Baru-baru ini, pasukan sukarelawan Kuda Besi dan Wira Watan hasil inisiatif Pemuda BERJASA telah menggerakkan 25 tenaga sukarelawan dengan menggunakan motorsikal secara berkonvoi pada 17 Mac hingga 18 Mac 2023 di Kampung Sri Bengkal, Batu Pahat, Johor.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Sampai bila lantikan politik dalam GLC akan berakhir? – zulkifli Yahya

Next Post
Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

Utamakan Isu Kebajikan Demi Pembangunan Murid – Azliza Rajiain

Related Posts