Wanita BERJASA Rakam Penghargaan Jasa Ustazah Nazirah Didik Anak Mualaf – Siti Umi Kalsom

Siti Umi Kalsom Ketua Wanita BERJASA

Bangi – Wanita BERJASA mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan mengaitkan Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah dengan pertuduhan menculik anak-anak Loh Siew Hing dan yang seumpamanya oleh golongan pelampau.

Ketuanya, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin berkata, tindakan pihak yang sengaja mengambil kesempatan dan suka menangguk di air yang keruh, bukan sekadar tidak beretika bahkan akan merosakkan keharmonian kaum di Malaysia.

“Wanita BERJASA menyeru semua pihak agar bertenang. Kita sama-sama pastikan pendidikan, kelangsungan hidup dan akidah anak-anak ini terbela. 

“Marilah kita saling bahu membahu dalam memikul tanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak remaja ini. 

“Mereka adalah hadiah dan permata berharga untuk ummah ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustazah Nazirah adalah seorang pendakwah wanita dari sebuah NGO mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang menjaga ketiga-tiga anak mualaf ini semasa keberadaan si bapa di dalam penjara.

Beliau sudah berusaha sejak awal untuk menghubungi ibu kepada anak-anak mualaf ini, namun tidak mendapat respon yang baik.

Apa yang menyedihkan, khabar angin tidak baik mengatakan beliau menculik serta menahan anak-anak tersebut terus berlegar, sedangkan Ustazah Nazirah adalah individu yang menjaga dan memelihara mereka sehingga ke peringkat menggunakan duitnya sendiri untuk perbelanjaan dan lain-lain.

Justeru, dalam kesempatan ini, Wanita BERJASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Nazirah atas keringat dan titik peluhnya mendidik tiga anak-anak Loh dengan dedikasi sekali. 

“Bagi saya, Ustazah Nazirah telah melaksanakan amanah ini dengan sangat cemerlang. Buktinya, anak-anak ini telah merangkul banyak pencapaian yang membanggakan sepanjang tempoh tiga tahun berada di bawah jagaannya.

“Alangkah mulianya beliau yang mencurahkan kasih sayangnya sebagai seorang ibu tatkala anak-anak ini kehilangan kasih sayang kedua orang tua mereka. 

“Walaupun beliau hidup sederhana, tetapi Ustazah Nazirah masih mampu memastikan pendidikan anak-anak ini tidak terabai,” katanya.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Siti Umi Kalsom Ketua Wanita BERJASA

Mana Peranan Ahli Parlimen Islam Dalam Perjuangan Anak Loh: Wanita BERJASA – Siti Umi Kalsom

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

BERJASA Sokong Kelab Shah Alam Selangor Sekat Jual Alkohol – Fahmi Bazlan

Related Posts