RUU Mufti Wilayah Hanya Untuk Orang Islam Tetapi NGO Bukan Islam Mahu Sertai Rundingan

ruu mufti wilayah

RUU Mufti Wilayah yang dirangka khas untuk orang Islam di Malaysia dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam telah diminta oleh sebuah gabungan NGO dan kumpulan Hindu untuk turut serta dalam rundingan berkenaan RUU itu dalam masa terdekat.

NGO tersebut yang dikenali sebagai Gabungan NGO dan Kuil Hindu Malaysia berpendapat mereka ada asas untuk menyertai rundingan dan sesi libat urus melibatkan RUU Mufti Wilayah ini kerana mereka memerlukan pencerahan lanjut bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka bimbang dengan bahagian dalam RUU ini yang memberi autoriti kepada Jawatankuasa Fatwa-Fatwa Wilayah Persekutuan untuk mengeluarkan fatwa berkaitan “kepentingan negara”.

RUU Mufti Wilayah Difokuskan Kepada Masyarakat Islam Di Malaysia Sahaja

Sepatutnya NGO ini tidak perlu merasa khuatir dengan RUU ini kerana kerajaan mahupun Menteri Agama sudah daripada awal lagi memaklumkan bahawa ia hanya terpakai kepada masyarakat Islam di Malaysia sahaja.

Mereka sepatutnya faham bahawa ia langsung tidak menyentuh kepentingan mereka mahupun menyekat kebebasan mereka untuk mengamalkan agama masing-masing di Malaysia.

Lagipun RUU ini belum dibahaskan lagi di Parlimen kerana mahu memberi peluang kepada pembentangan Belanjawan 2025 terlebih dahulu dan kemudian baharu disusuli dengan perbahasan RUU ini yang dijangka akan dibuat pada Disember nanti.

Perlembagaan Persekutuan sudah pun menegaskan bahawa tiada halangan untuk agama lain diamalkan oleh penganut masing-masing namun agama Islam tetap menjadi agama persekutuan untuk Malaysia.

Hal ini bermakna Islam adalah agama yang berada di kedudukan yang tertinggi di Malaysia memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

Sungguh menghairankan wujud kelompok atau kumpulan yang bukan beragama Islam ingin mencampuri urusan melibatkan kepentingan agama Islam dan memberi alasan khuatir akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini wujud bantahan daripada NGO liberal yang mengatakan RUU Mufti Wilayah akan menyekat kebebasan orang Islam di Malaysia dan kini muncul pula NGO agama lain yang mahu ikut turut serta menyatakan ketidaksetujuan mereka.

Hal ini jelas menunjukkan wujud gerakan yang tidak senang melihat sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan untuk mengangkat Islam di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
menghina islam

Fitnah Restoran Muslim Meludah Ke Makanan Untuk Jadikannya Halal, Tuduhan Individu Ini Menghina Islam

Next Post
starbucks rugi

Starbucks Rugi Tiga Bulan Berturut-Turut, Peluang Untuk Jenama Kopi Malaysia

Related Posts