Bersama Sahut ’11 Minit Untuk Palestin’

HULU SELANGOR – Rakyat Malaysia diajak untuk bersama menyahut dan menjayakan kempen 11 Minit Untuk Palestin, demi sama-sama merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat hak mereka oleh pihak rejim Zionis. Kempen ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meluangkan 11 minit dengan menutupkan lampu di lokasi mereka berada.

Demikian gesaan Jawatankuasa Negeri Berjasa Selangor, Hamdin Zarif supaya rakyat bersama menyertai kempen itu pada 11-11-2023 bermula 9.00 malam hingga 9.11 malam. Melihat kepada cabaran yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin yang terpaksa bergelap akibat tindakan rejim Zionis yang memotong bekalan elektrik di Gaza, beliau merasakan perlunya untuk rakyat Malaysia bersolidariti bersama mereka.

“Tangkap gambar anda dengan simbolik genggam tangan. Upload di media sosial dengan hashtag #SebarkanKemenangan & #AkhiriPenjajahan“.

“Kita mahu tunjukkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama rakyat Palestin yang berada di dalam kesusahan. Rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang mereka sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka mempertahankan kiblat pertama orang Islam iaitu Masjid Al-Aqsa”, ujar beliau yang juga merupakan Yang Di-Pertua Berjasa Hulu Selangor.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Deklarasi Balfour: membunuh hak Rakyat palestin Bernegara

Next Post

Kad Media harakah ditarik kerajaan dipersoal kumpulan media

Related Posts