Starbucks Rugi Tiga Bulan Berturut-Turut, Peluang Untuk Jenama Kopi Malaysia

starbucks rugi

Rangkaian kopi terkemuka dunia, Starbucks rugi untuk tiga bulan berturut-turut bagi tempoh Julai hingga September seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Starbucks terus berdepan cabaran besar akibat mencatatkan penurunan jualan global sebanyak 7.0 peratus dan pendapatan saham juga turun 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mana mereka hanya mencatatkan 80 sen manakala hasil bersih susut 3.0 peratus kepada AS$9.1 bilion.

Walaupun Starbucks telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Brian Niccol untuk memulihkan kembali perniagaan mereka yang begitu terkesan dengan gelombang boikot hingga mengakibatkan penurunan trafik pelanggan yang ketara.

Selain daripada kempen boikot yang belum reda di seluruh dunia, persaingan sengit daripada jenama kopi lain juga menjadi salah satu faktor kepada kemorosotan perniagaan mereka.

Seperti yang berlaku di China, Starbucks menghadapi tekanan besar akibat daripada persekitaran makroekonomi yang lemah dan persaingan yang sengit daripada jenama minuman China iaitu Mixue.

Peluang Jenama Kopi Malaysia Untuk ‘Lawan’ Starbucks Yang Rugi

Sebelum ini ramai penggemar kopi di Malaysia mengatakan bahawa minuman kopi yang dijual oleh Starbucks tidak menepati cita rasa kopi yang sebenar dan rasa minumannya lebih kepada rasa yang manis.

Maka ia dapat disimpulkan bahawa selain daripada sentimen boikot, kualiti produk ataupun minuman Starbucks juga menyebabkan ramai penggemar kopi lebih memilih jenama kopi lain.

Situasi yang dialami oleh Starbucks ini sepatutnya diambil peluang oleh jenama kopi Malaysia yang lain seperti Richiamo, Kopi Saigon dan Kopi Mesin untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di Malaysia.

Tinjauan yang dibuat di media sosial menunjukkan sambutan terhadap kopi jenama tempatan ini begitu rancak susulan mereka ingin mencari pengganti kepada jenama kopi yang diboikot oleh mereka.

Namun sambutan rancak yang diterima oleh pengguna bukan semata-mata disebabkan oleh sentimen boikot Starbucks tetapi kualiti kopi yang dijual oleh Richiamo contohnya memenuhi cita rasa mereka.

Richiamo juga mendatangkan kelainan dan keunikan yang tersendiri iaitu menyediakan hidangan kopi bersama menu makanan yang menepati cita rasa Malaysia seperti keropok lekor, nasi lemak dan nasi bersama “chicken buttermilk“.

Jika jenama kopi Malaysia boleh konsisten dengan kualiti yang bagus, hal ini tidak mustahil suatu hari nanti Starbucks akan mula mengurangkan pelaburan di Malaysia seterusnya tidak menjalani perniagaan lagi di sini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ruu mufti wilayah

RUU Mufti Wilayah Hanya Untuk Orang Islam Tetapi NGO Bukan Islam Mahu Sertai Rundingan

Next Post
kedaulatan negara

Kibar Bendera China: Pecat Tiong King Sing, Kedaulatan Negara Bukan Untuk Kompromi

Related Posts