Seorang pengguna Facebook dengan nama akaunnya Arun Dorasamy telah mengeluarkan kenyataan yang menjelekkan dan menghina Islam apabila mendakwa restoran bukan Hindu yang merujuk kepada restoran Muslim meludah ke hidangan makanan untuk menjadikan makanan itu halal.
Kenyataan Arun di media sosial itu jelas berniat jahat dan sengaja ingin menyebarkan kebencian kepada Islam.
Menurut pemilik akaun Facebook Muhammad Harris Nasril, kenyataan ini berpunca kepada tindakan Arun yang menaikkan satu poster kempen Buy Hindu First seakan sama dengan kempen Buy Muslim First yang digerakkan oleh masyarakat Islam di Malaysia sebelum ini.
Namun tindakan Arun menjadi semakin agresif apabila mula menyebarkan fitnah terhadap restoran Muslim yang melakukan tindakan jijik untuk syarat menjadikan makanan itu halal.
Kenyataan Menghina Islam Itu Dikecam Pengguna Media Sosial
Kenyataan berniat jahat Arun itu pantas mendapat kecaman pengguna media sosial di Facebook dengan mendakwa Arun sengaja ingin mencetuskan api perkauman.
Antara komen yang boleh dijumpai seperti yang dimuatnaik oleh Muhammad Harris Nasril di Facebook miliknya ialah:
“Spit into food to make it halal? This is an absurd statement. Not only touching 3R, but you also affect our tourism industry.”
“Spit into food to make it halal? Since when was this the case? If you don’t have hard evidence, they’ll accuse you of 3R, and guess what, the rest of us who didn’t say anything will be blamed.”
“I feel this post is not in the right context in a multi-religious, multi-racial land. I buy from whoever gives the best value for money, period. It’s a free world. If you are good, compete in the open market, not on race and religion.”
Jelas di sini bahawa pengguna media sosial tidak kira kaum mengecam kenyataan Arun tersebut yang dilihat memfitnah pengurusan halal di Malaysia.
Apabila disiasat, rupanya Arun mengeluarkan kenyataan demikian merujuk kepada satu video yang memaparkan seorang lelaki yang berpakaian seperti ulama di India melakukan perbuatan seolah-oleh meludah ke makanan.
Video tersebut telah digunakan oleh kumpulan pelampau Hindu di sana dan Arun mungkin menggunakannya untuk menyebarkan kebencian terhadap Islam di Malaysia.
Pengurusan Halal Di Malaysia Diyakini Seluruh Dunia
Arun sepatutnya faham bahawa pengurusan halal yang dikelola oleh JAKIM bukan sahaja diyakini oleh orang ramai malahan seluruh dunia.
Dakwaan Arun yang mengatakan makanan perlu diludah dahulu untuk menjadikannya halal adalah satu tuduhan yang berat.
Sudah lama tinggal di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam namun masih tidak faham tentang pengurusan halal adalah satu sikap yang bodoh dan sombong.
Halal merujuk kepada bersih, baik dan suci yang diambil kira daripada proses penyediaan sehingga ke peringkat penyediaan.
Maka tuduhan Arun terbukti tidak benar dan dia sendiri tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan halal.
Jika alasannya Arun tidak faham mengenai halal kerana dirinya bukan beragama Islam, dia patut tahu bahawa kini sudah banyak restoran milik bukan Islam memohon sijil halal untuk menguasai pasaran pengguna Islam.
Arun layak dikenakan hukuman 3R iaitu “race, religion and royal” kerana menyentuh sensitiviti orang Islam dengan tujuan menghina agama Islam yang merupakan agama persekutuan negara.
Ramai pihak menunggu apakah hukuman 3R ini akan dikenakan terhadap Arul kerana sebelum ini hukuman ini lebih banyak terpakai kepada masyarakat Melayu dan Islam.