Pertubuhan Sesat, Sister In Islam (SIS) Bantah RUU Mufti

ruu mufti

RUU Mufti ataupun nama lengkapnya Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dibantah oleh pertubuhan sesat iaitu Sister In Islam (SIS) kerana mendakwa ia akan memberikan kekebalan kuasa tanpa kawalan kepada pihak berkuasa agama.

SIS mendakwa RUU Mufti ini akan menjadikan pihak berkuasa agama terlindung daripada akauntabiliti dan akan akan menindas kehidupan awam dan peribadi umat Islam Malaysia.

Hal ini dapat dikatakan bahawa SIS ingin menuduh pihak berkuasa agama sebagai penghalang kepada kebebasan beragama di Malaysia sedangkan undang-undang ini jika dilaksanakan hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

Kumpulan itu juga mempersoalkan kelayakan badan pihak bekuasa agama untuk mewujudkan undang-undang yang mengikat dan menjejaskan kehidupan peribadi umat Islam di Wilayah Persekutuan sedangkan mereka tidak dipilih di dalam sistem demokrasi.

Agamawan & Ahli Politik Perlu Bersatu Dalam Memperhalusi RUU Mufti

Selain daripada SIS, RUU Mufti juga pernah dibantah oleh ahli agamawan dan ahli politik lain yang tidak bersetuju dengan isi kandungannya.

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin membantah RUU ini kerana ia merujuk isitilah Sunni hanyak terpakai kepada Asyairah dan Maturuidiyah sahaja.

Beliau mendakwa pentadbiran Islam di Wilayah Persekutuan yang berada dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan sepatutnya mewakili kerencaman dan kepelbagaian rakyat.

Beliau berkata, “Tidak wajar untuk kerajaan meluluskan apa-apa perundangan atau enakmen yang membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik terutamanya atas nama agama“.

Selain itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula berpendapat RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu perlu dikaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Beliau berpendapat langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara.

Polemik ini dilihat berpanjangan sehingga menimbulkan perpecahan yang hampir kritikal dalam kalangan rakyat yang beragama Islam di Malaysia.

Hal ini boleh dilihat di dalam “posting” Facebook yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook dalam memburukkan tokoh agama yang tidak disokong oleh mereka dan kemudian dibalas kembali oleh kumpulan yang lain.

Semua agamawan dan ahli politik perlu duduk bersama dalam membincangkan mengenai RUU ini bagi menjernihkan kembali perbezaan pendapat yang dikemukakan oleh mereka sebelum ini.

Agak tidak manis untuk pihak yang mempunyai autoriti dalam urusan agama di Malaysia bergaduh secara terbuka atas sebab tidak bersetuju dalam sesetengah perkara.

Isu ini diyakini mampu diselesaikan dengan baik jika semua pihak berjaya mencapai titik temu yang sama bagi memastikan kehormatan Islam di Malaysia ini terjaga.

Sister In Islam yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor telah mengambil peluang dalam keadaan ini dengan lantang berani turut serta mempertikaikan keabsahan pihak kuasa agama untuk menjalankan tugasnya di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
subsidi telur

Subsidi Telur Adalah Satu Lagi Subsidi Yang Bakal Ditarik Balik

Next Post
tentera laut china di pulau pinang

BERJASA Kesal Kandungan Gambar Artikel Isu Pendaratan Tentera Laut China Di Pulau Pinang Dipadam Tik Tok

Related Posts