Rakyat Selangor Terbeban Dengan Kenaikan Cukai Pintu

kenaikan cukai pintu

SHAH ALAM – Kenaikan mendadak kadar cukai pintu di sesetengah kawasan di Selangor nyata mendapat reaksi yang tidak puas hati daripada penduduk. Peningkatan kadar cukai pintu sehingga 50 peratus dalam notis cukai pintu baru-baru ini disifatkan amat melampau di kala rakyat terkesan dengan ekonomi sekarang.

Seorang individu yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata kenaikan hingga 50 peratus ini adalah terlalu tinggi dan menambahkan lagi beban rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tidak menentu.

Seorang lagi penduduk di Rawang juga meluahkan kekecewaan yang sama dengan mengatakan bahawa penduduk tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merespon notis tersebut.

Isu ini lantas mendapat respon daripada Pemuda BERJASA, Isma Aiman yang hairan dengan kenaikan cukai pintu ini secara mengejut dan lebih mengecewakan, tiada langsung pemberitahuan dibuat secara menyeluruh.

Beliau mengakui adanya bantuan ‘exemption‘ diberikan kepada yang layak namun sebenarnya ia masih belum cukup dan tidak mampu untuk membantu mereka yang begitu terkesan.

“Kenaikan sebanyak 50 peratus memberikan impak yang besar kepada rakyat Selangor. Dalam keadaan rakyat terpaksa bertarung dengan ketidaktentuan ekonomi sekarang, kenaikan ini sebenarnya satu langkah yang menambahkan lagi beban rakyat”.

“Saya melihat ini satu tindakan yang tidak popular daripada kerajaan negeri Selangor di kala berlangsungnya kempen PRK Kuala Kubu Bharu dalam bulan ini. Kerajaan sepatutnya memberikan kenyataan balas bagi meredakan resah rakyat mengenai isu ini”, tegas beliau.

Sementara itu, beberapa wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menyatakan bahawa kenyataan rasmi akan diberikan selepas ini berhubung kenaikan mendadak ini.

Bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, telah mempersoalkan kenaikan tersebut, menyebut bahawa pemakluman kenaikan tersebut dibuat menerusi notis dikeluarkan MPAJ, dengan kadar cukai dinaikkan kepada RM429 setahun berbanding dengan kadar sedia ada iaitu RM191.40.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
perpaduan ummah

BERJASA Konsisten Atas Agenda Perpaduan Ummah

Next Post

Kerajaan Tunduk Kepada Desakan AS Daripada Bantu Palestin?

Related Posts