SHAH ALAM – Kenyataan yang dikeluarkan olehs Setiausaha kepada Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Brian Nelson mengenai wujudnya aktiviti penyaluran dana daripada Malaysia kepada pejuang Palestin seakan disahkani oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Saifuddin Nasution baru-baru ini. Kenyataan Brian Nelson itu sebenarnya merujuk kepada Hamas di Palestin sebagai pengganas.
Dato Seri Saifuddin sewaktu diwawancara oleh wartawan ketika sidang media Defense Security Asia (DSA) 2024 mengatakan bahawa mereka sudah mendapat permintaan daripada AS untuk menyiasat organisasi tersebut yang mempunyai hubungan langsung bersama pejuang di Palestin.
Beliau mengatakan di hadapan wartawan seperti berikut: “Mereka (delegasi AS diketuai Brian Nelson) telah menekankan contoh spesifik berdasarkan informasi mereka (kemungkinan besar perisikan AS) yang mereka mahu Malaysia ambil perhatian atau tindakan, dan saya memberi maklum balas dengan menyatakan beberapa isu yang dibangkitkan melibatkan organisasi tertentu, contohnya organisasi yang disyaki mempunyai hubungkait dengan Palestin dan lain – lain, maka saya menyatakan fakta, bahawa organisasi yang terlibat adalah subjek kepada siasatan yang sedang berterusan,kami telah bekukan aset mereka, dan kami telah dakwa mereka di Mahkamah mengikut undang- undang kami“.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata menjadi satu kebimbangan untuk rakyat Malaysia melihat kedaulatan negara kita seakan mula dicemari oleh agenda negara luar. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Saifuddin itu menggambarkan bahawa Malaysia sedia mengikut arahan daripada AS.
Beliau ingin membangkitkan persoalan kepada Dato Seri Saifuddin berkenaan organisasi yang manakah dimaksudkan bersubahat dengan pengganas sehingga dibekukan akaun dan didakwa di mahkamah. Sehingga ke hari ini, hanya satu organisasi sahaja yang didakwa di mahkamah dan dibekukan asetnya iaitu Aman Palestin.
Secara umumnya, pada Disember 2023 yang lepas Pengarah FBI, Christopher Wray telah melakukan kunjungan ke Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, SPRM dan PDRM serta dalam tempoh itu juga Aman Palestin telah didakwa di mahkamah dengan pertuduhan pecah amanah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Saifuddin ini memberikan gambaran bahawa Aman Palestin yang dirujuk sebagai organisasi yang mempunyai hubungan dengan pengganas sedangkan selama ini Aman Palestin hanya berhubung secara rapat bersama Hamas yang berperanan sebagai pentadbir sah di Gaza.
Jika benar, adakah kerajaan ingin mengatakan Hamas sebagai pengganas seperti mana pandangan daripada AS?