BERJASA Sokong PN Untuk PRK KKB

PRK KKB

SHAH ALAM – BERJASA mengambil pendirian untuk menyokong calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB). Keputusan ini diputuskan Majlis Kepimpinan Tertinggi BERJASA yang melihat PN sebagai rakan politik yang konsisten memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam maka sokongan terhadap PN dalam PRK KKB dibuat.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata sokongan ini juga dibuat setelah melihat kerajaan sekarang yang terdiri daripada parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah rakyat terutamanya dalam melibatkan kos sara hidup.

Beliau berpendapat kerajaan tidak menunaikan langsung janji yang dikotakan dahulu iaitu untuk mengurangkan beban rakyat dalam melibatkan kos sara hidup. Mereka sibuk mencanang kenaikan harga barang basah dan petrol sebagai kelemahan kerajaan dahulu dan masih optimis masalah ini mampu diselesaikan dengan baik di bawah pentadbiran mereka.

“Janji hanya kekal janji. Sekarang masalah kenaikan kos sara hidup tidak selesai juga malahan lebih teruk lagi. Kadar peratusan cukai SST yang sebelum ini 6% naik kepada 8% dan pengenalan cukai baru seperti Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG), Cukai Perkhidmatan Digital (DST), Cukai Keuntungan Modal (CGT) serta Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT)”.

“Jadi di mana janji kerajaan untuk atasi kos sara hidup yang tinggi? Barang keperluan seperti beras pun kerajaan tidak boleh selesaikan dan jelas sebenarnya kerajaan gagal untuk atasi masalah ini. Isu perut rakyat pun kerajaan tidak mampu selesaikan inikan pula kita mahu berharap mereka selesaikan isu nasional yang lebih besar”, tegas beliau.

Tambah beliau, BERJASA menolak pimpinan kerajaan sekarang kerana begitu lemahnya kerajaan dalam menjaga sensitiviti orang Melayu dan Islam. Tindakan mereka yang tidak mengangkat martabat bahasa Melayu telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan rakyat Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu.

“Sudah menjadi kerajaan pun mereka masih bermain dengan isu yang sensitif melibatkan Melayu dan Islam. Mereka ini masih lagi bermentaliti pembangkang dan masih membawa agenda jahat untuk ‘menyerang’ orang Melayu dan Islam secara terang-terangan ataupun berselindung”, kata beliau kepada Gelombang BERJASA.

Beliau yang mewakili BERJASA menyeru untuk semua pengundi di KKB turun beramai-ramai mengundi calon PN iaitu Khairul Azhari Saut pada 11 Mei ini.

Walaupun ini hanya sekadar PRK, kemenangan satu kerusi ini dapat dijadikan satu signal khas kepada kerajaan jika PN dapat memenanginya. Kerajaan akan merasa terkesan dengan penolakan daripada rakyat jika kerusi ini dapat dirampas oleh PN.

PRK Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Khairul Azhari daripada PN bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao serta dua lagi calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainudin (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Malaysia

Negara Di Landasan Yang Salah: Ini Pendapat Rakyat Malaysia

Next Post
DAP

Adakah DAP Sudah Berputus Asa Dengan Pengundi Melayu?

Related Posts