PRK KKB: Kaum India Dipinggirkan Oleh Kerajaan

PRK KKB

LEMBAH BERINGIN Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu (PRK KKB) berpotensi untuk menjadi platform kepada rakyat di komuniti itu dalam memberikan signal jelas kepada kerajaan. Hal ini setelah melihat kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak begitu mengangkat kebajikan dan manfaat kepada kaum India.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim sewaktu di dalam ceramah politik kempen sempena PRK KKB di Lembah Beringin berkata pengundi India di Kuala Kubu Bharu perlu keluar beramai-ramai dengan mengundi calon daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Khairul Azhari Saut. Beliau berkata pemilihan calon yang sesuai amat penting bagi memastikan kebajikan, hak dan suara mereka didengari oleh kerajaan.

“Saya ingin menggesa semua pengundi di sini turun mengundi calon PN, Khairul Azhari Saut bagi memastikan nasib kaum India terus terbela. Setelah naiknya kerajaan BN-PH, apakah manfaat yang diterima oleh kaum India?”

“Di dalam PN, kita ada parti komponen yang baharu iaitu Malaysian Indian People Party (MIPP) yang mewakili suara kaum India di dalam PN. Kalau kita lihat PH, mereka hanya ada DAP, BN dan PKR yang masing-masing meminggirkan kaum India walaupun mereka terdiri daripada keanggotaan ahli yang pelbagai kaum manakala hatta MIC terus dipinggirkan”, tegas beliau di dalam ceramahnya.

Tambah beliau lagi, MIC sepertinya kini dilihat bukan sebagai rakan penting dalam kerajaan PH-BN kerana DAP lebih mementingkan UMNO daripada BN untuk membantu mereka berkempen dalam PRK KKB kali ini, bukannya MCA dan MIC. Ini terbukti bahawa MIC dan MCA tidak lagi diperlukan langsung oleh PH.

Hal ini ditambah lagi dengan dakwaan seorang pimpinan BN yang mengatakan MIC dan MCA sebagai ‘biawak hidup’ kerana tidak menyumbang kemenangan kepada BN.

Mengakhiri ceramah beliau, beliau menyeru pengundi India untuk memilih calon Khairul Azhari Saut daripada PN demi masa depan kaum India yang lebih baik di Kuala Kubu Bharu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
umno-dap

Logo UMNO-DAP: Bukti Rakyat Sudah Muak

Next Post
kebebasan media

Indeks Kebebasan Media Malaysia Menjunam Teruk

Related Posts