KAPAR – Bumi yang dicintai Palestin akan memasuki musim sejuk yang bakal menambahkan kesengsaraan dan kesempitan hidup rakyatnya di tengah-tengah kancah peperangan kini.
Dikala situasi yang masih tegang dengan pertempuran dan perperangan pada ketika ini, rakyat Palestin mengharapkan keperluan seperti selimut, tilam, jaket musim sejuk, kotak makanan, makanan sedia dimakan dan bantuan perubatan.
Demikian menurut Ketua Wanita Berjasa Kapar, Sazlina Mohd Rosli yang menjelaskan musim sejuk merupakan keadaan yang sangat mencabar buat rakyat di negara yang sedang menghadapi konflik dan bergolak seperti di Timur Tengah.
“Kemiskinan dan kebuluran, ditambah dengan kesejukan kerana tidak mempunyai keperluan yang mencukupi sangat menguji mereka,” ujar beliau.
“Kami sekali lagi ingin mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyumbang ke tabung Aman Palestin dan memastikan rakyat Palestin terus berjuang demi pembebasan penuh Palestin,” tambahnya.