Indeks Kebebasan Media Malaysia Menjunam Teruk

kebebasan media

KUALA LUMPUR Kedudukan Malaysia jatuh daripada 73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024 yang menjadi penilai status dan prestasi media sejak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Laporan daripada Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan bahawa skor dan mata kebebasan media yang diperoleh oleh Malaysia jatuh kepada 52.07 mata daripada 62.83 mata.

Berbeza dengan negara jiran iaitu Thailand yang menunjukkan peningkatan kepada kedudukan 87 yang menjadikannya sebagai negara dengan kebebasan media yang paling tinggi di rantau Asia Tenggara.

“Kerajaan mengenakan tekanan politik yang besar untuk menghalang media daripada menangani isu sensitif atau daripada mengkritik ahli politik dan pegawai kerajaan,” kata RSF dalam nota ringkas yang disertakan bersama laporan indeks tersebut.

“Pihak berkuasa memburu wartawan penyiasatan, dan raja-raja adalah subjek yang sangat sensitif, begitu juga perbincangan mengenai kaum dan agama. Sebarang bentuk ulasan atau laporan yang dianggap kritikal terhadap raja boleh mengakibatkan pendakwaan, yang membawa kepada sikap menapis diri (self-censorship) yang meluas mengenai perkara itu,” kata RSF dalam memberikan gambaran keseluruhan landskap media di Malaysia. 

Sebelum ini juga kerajaan ada mengakui membuat permintaan daripada Tik Tok untuk menurunkan kandungan digital milik pembangkang melalui aduan SKMM.

Portal berita lain seperti Malaysia Now, TV Pertiwi dan Utusan TV juga pernah disekat atas alasan yang tidak munasabah kononnya menyebabkan propaganda palsu kepada kerajaan.

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersikap keras dengan memaklumkan kedudukan Malaysia jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 adalah bukan disebabkan kementeriannya semata-mata.

Beliau juga mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan lanjut secara bersemuka dengan RSF dalam membincangkan isu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid juga senada dengan beliau dalam isu ini mengatakan bahawa penetapan yang ingin dilakukan terhadap Malaysia tidak sepatutnya menggunakan acuan mana-mana negara.

Amat melucukan sedangkan kerajaan sebelum ini beria-ria mencanang kepada media bahawa pelabur asing mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi yang tepat untuk melabur. Kenyataan ini diucap oleh Perdana Menteri sewaktu KL20 2024.

Jika piawaian atau pengiktirafan luar tidak boleh diambil kira, mungkin Datuk Seri Ahmad Zahid ingin menidakkan kenyataan penuh bangga yang diberitahu oleh Perdana Menteri soal pelaburan itu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
PRK KKB

PRK KKB: Kaum India Dipinggirkan Oleh Kerajaan

Next Post
tarik subsidi

Tarik Subsidi RON95 Beri Kesan Domino Pada Harga Barang

Related Posts