Logo UMNO-DAP: Bukti Rakyat Sudah Muak

umno-dap

HULU SELANGOR – Rakyat dilihat mula muak dengan kerjasama politik antara DAP dan UMNO sehingga menghasilkan logo satira yang mencantumkan logo parti DAP dan UMNO bergabung menjadi satu logo. Ini menunjukkan rakyat telah sepakat untuk menolak kerjasama di antara kedua-dua parti berkenaan.

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang menghairankan jika dilihat kepada senario politik tempatan yang menunjukkan kebanyakan pengundi Melayu tidak setuju dengan kerjasama antara dua parti ini. Mereka berpendapat ia seakan satu ‘taboo’ yang besar kepada orang Melayu untuk melihat kerjasama ini wujud.

Setelah sekian lama UMNO lantang menentang DAP dalam kancah politik, kini mereka sekali lagi secara jelas tanpa segan mengkedepankan satu kerjasama di antara mereka dalam menubuhkan kerajaan.

Paparan logo itu telah mendapat respon yang pantas daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang berang dengan tindakan provokasi tersebut. Beliau berpendapat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar logo parti pihak lawan.

Selain itu juga, Ketua Pemuda UMNO Selangor Datuk Imran Tamrin pada hari semalam mendesak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap provokasi dilakukan yang dikatakan menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pelancong china

Satu Juta Pelancong China Disasarkan Datang Ke Melaka

Next Post
PRK KKB

PRK KKB: Kaum India Dipinggirkan Oleh Kerajaan

Related Posts