Peruntukan Untuk TAR UMT Adalah Tidak Munasabah – Ir Lukman

Ir Lukman Al Hakim Naib Presiden

Kuala Lumpur – Baru-baru ini kerajaan meluluskan peruntukan pentadbiran sebanyak RM 40 juta kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dilihat mengejutkan pelbagai pihak.

Naib Presiden BERJASA ,Ir Lukman menyifatkan tindakan ini tidak berasas bilamana banyak universiti awam lain bergelut dengan pelbagai masalah kewangan dan kemiskinan infrastruktur asas, bagaimana kerajaan boleh memberikan keutamaan dan peruntukan yang sebegitu tinggi kepada universiti swasta seperti TAR UMT?

Tambah beliau, tindakan ini amat bertepatan dengan peribahasa Melayu ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’

Lebih menghairankan, yang menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang tidak ada kena mengena langsung dengan Kementerian Pendidikan Tinggi mahupun Kementerian Kewangan

Kenapa tidak DS Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi mahupun DS Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Kewangan? Apakah peranan Anthony Loke dalam hal ini? Adakah beliau ingin mencuri tumpuan sebagai hero bangsa Cina yang berjaya mendesak kerajaan untuk meluluskan peruntukan yang amat tidak munasabah ini?

Umum juga mengetahui TAR UMT merupakan universiti swasta Cina yang mempunyai hubungan rapat dengan parti MCA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Nga Kor Ming Rujuk Pihak Yang Salah – Ir Lukman

Next Post
Abdul Samad Naib Presiden BERJASA

Formula Rafizi Akan Bunuh Peniaga Kedai Makan – Abdul Samad Ashari

Related Posts