BERJASA menggesa penyatuan Melayu diperluas, bukan sekadar UMNO & PAS – Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA

penyatuan melayu
penyatuan melayu

KUALA LUMPUR – Penyatuan Melayu pada masa ini bukan lagi pilihan, sebaliknya merupakan satu keutamaan yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak terhad kepada gabungan dua parti politik sahaja.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim, berkata tafsiran umum yang menganggap penyatuan Melayu hanya berlaku apabila UMNO dan PAS bergabung adalah terlalu sempit dan tidak mencerminkan realiti politik semasa.

Ramai beranggapan penyatuan Melayu itu berlaku apabila PAS dan UMNO bergabung dalam pilihan raya. Namun bagi saya, ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas,” katanya.

Gabungan politik perlu lebih besar

Menurut beliau, politik Melayu Islam kini perlukan penyatuan lebih besar dan inklusif, bukan hanya kerjasama dua parti utama.

Ustaz Zamani berkata penyatuan sebenar perlu libatkan NGO, gerakan masyarakat dan kumpulan rakyat berkongsi aspirasi sama.

Penyatuan Melayu tidak boleh hanya bergantung kepada gabungan PAS dan UMNO semata-mata. Ia mesti diperluaskan supaya lebih ramai dapat digerakkan dalam satu hala tuju yang sama,” katanya.

NGO dan gerakan rakyat perlu disatukan

Beliau menegaskan banyak NGO Melayu-Islam masih bergerak berasingan dan tidak selaras dari segi hala tuju perjuangan.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar satu penyelarasan diwujudkan bagi menyatukan NGO-NGO tersebut di bawah satu gerakan yang lebih tersusun.

Pada ketika ini, NGO bergerak sendiri-sendiri. Kita perlukan satu penyelarasan supaya suara rakyat menjadi lebih padu dan tidak berselerak,” katanya.

Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Penggerak Penyatuan Melayu

Dalam masa yang sama, Ustaz Zamani mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Penggerak Penyatuan Melayu segera ditubuhkan bagi menyelaras usaha penyatuan tersebut.

Jawatankuasa itu, katanya, boleh menjadi platform untuk menggabungkan parti-parti politik Melayu sedia ada serta NGO bagi membentuk satu gerakan yang lebih besar.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menubuhkan jawatankuasa penggerak penyatuan Melayu. Di bawahnya, semua pihak boleh digerakkan secara tersusun,” jelas beliau.

Kuasa rakyat sebagai semak dan imbang

Tambah beliau lagi, penyatuan Melayu juga perlu bergerak sebagai satu bentuk kuasa semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara.

Menurutnya, gabungan NGO dan rakyat boleh menjadi suara yang mampu menilai serta menentukan hala tuju politik negara, termasuk dalam pilihan raya akan datang.

Rakyat perlu menjadi kuasa semak dan imbang. Mereka perlu menentukan sokongan kepada parti yang benar-benar membawa agenda penyatuan, bukan sekadar retorik politik,” katanya.

Ustaz Zamani menegaskan bahawa penyatuan Melayu bukan sekadar slogan politik, tetapi satu gerakan yang perlu diterjemahkan secara praktikal melalui gabungan politik, NGO dan rakyat.

Beliau menambah, kejayaan agenda ini akhirnya bergantung kepada kesedaran pengundi dalam menentukan masa depan kuasa politik Melayu di negara ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
uec recognition

UEC Recognition: Not Merely a University Admission Issue, but a Question of National Integration – Afif Badhrulhisham, Vice President of BERJASA

Related Posts