Wacana Impian Nasional: Islamofobia atau Islamodium?

Puchong: Aidil Khalid, seorang peguambela dan peguamcara yang menjadi panel jemputan untuk program Wacana Impian Nasional: Islamofobia Ancaman Kepada Perlembagaan Persekutuan? telah membangkitkan persoalan adakah penentangan terhadap segala pengamalan melibatkan Islam di Malaysia menandakan wujudnya sentimen Islamofobia ataupun Islamodium.

Dalam wacana anjuran BERJASA yang berlangsung pada hari semalam, beliau membangkitkan persoalan ini kerana terma “fobia” membawa maksud ketakutan terhadap sesuatu seperti Islamofobia yang menggambarkan ketakutan terhadap Islam. Namun terma itu dilihat tidak bersesuaian kerana kini serangan terhadap Islam itu berupa satu kebencian yang mendalam dengan mengambil isu penolakan ke atas modul Penghayatan Hadis 40 baru-baru ini.

“Jika kita melihat maksud “odium” itu ia membawa kepada maksud satu kebencian yang teramat dalam terhadap sesuatu sehingga mengambil tindakan untuk mencederakan terhadap perkara yang dibenci tersebut”, tegas beliau.

Kenyataan beliau ini ada wajarnya untuk difikirkan secara mendalam setelah melihat begitu banyak sentimen kebencian yang ditujukan kepada Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penggunaan Islamofobia dilihat agak kurang tepat kerana ia menggambarkan ketakutan terhadap Islam sedangkan sentimen negatif yang ditujukan kepada Islam lebih kepada soal kebencian ataupun kemarahan yang melampau.

Wacana Impian Nasional: Islamofobia Ancaman Kepada Perlembagaan Persekutuan? juga telah menampilkan Ustaz Firdaus Zalani yang merupakan Pengarah Pusat Kajian Pemikiran Dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) dalam mengupas isu Islamofobia yang semakin meruncing di Malaysia kini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Khabar Sistem Kehakiman Negara Kita?

Next Post

DAP Yang Kini Menjadi ‘Lapdogs’

Related Posts