Perkukuhkan Terma Perkhidmatan Kejururawatan bukan Longgarkan Syarat Kemasukan

Longgar syarat kejururawatan

Dalam usaha menangani isu kekurangan jururawat yang semakin ketara, Kesatuan Jururawat Malaya menegaskan bahawa langkah utama adalah dengan memperkukuhkan terma perkhidmatan kejururawatan, bukannya melonggarkan syarat kemasukan.

Menurut mereka, penurunan standard kemasukan boleh menjejaskan kualiti dan keselamatan penjagaan pesakit. Hal ini, kerana jururawat merupakan aset utama dalam memastikan kesihatan rakyat terjamin dan merupakan individu yang paling hampir dengan masyarakat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Saaidah Athman, berkata kesatuan itu tidak bersetuju dengan langkah jangka pendek berkenaan kerana berpendapat bahawa jururawat baharu perlu mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk menjaga kualiti kejururawatan dan penjagaan yang baik kepada pesakit.

Adakah Bidang kejururawatan Dipandang Ringan?

Di Singapura, Filipina, dan Indonesia telah mendahului Malaysia dengan adanya lanjutan pengajian kejururawatan ke hingga ke peringkat Sarjana. Manakala di Thailand, sejak tahun 2000 lagi sudah menjadikan Ijazah Sarjana Muda sebagai kelayakan minimum untuk berkerja dalam bidang kejururawatan.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan agar syarat minimum untuk bekerja dalam bidang kejururawatan dan kebidanan adalah menggunakan kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda” katanya.

Bagaimanakah bidang kejururawatan ini ingin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai kerjaya? Sedangkan pelbagai aspek bidang kejururawatan dipandang ringan sehingga memberi tekanan yang kuat kepada jururawat.

Mempertimbangkan keputusan perkukuhkan terma perkhidmatan kejururawatan

Keadaan semasa yang tidak kondusif dalam sektor kejururawatan telah mendorong ramai jururawat tempatan berkelulusan ijazah untuk berhijrah ke luar negara seperti Arab Saudi, Singapura, Brunei serta United Kingdom (UK), negara-negara yang sedia mengiktiraf kemahiran dan kepakaran mereka.

Fenomena ini mencerminkan ketidakpuasan terhadap terma perkhidmatan kejururawatan di negara dan menyambung seruan untuk mempertimbangkan pengukuhan insentif, ganjaran, serta perlindungan kepada tenaga kerja kejururawatan.

Oleh itu, adalah penting bagi pihak berwajib untuk mengambil langkah strategik dalam memperbaiki dasar dan mekanisme sokongan agar jururawat tempatan terdorong untuk terus berkhidmat dalam sistem kesihatan negara, sekaligus memastikan pembangunan sektor kesihatan yang mampan dan kompetitif di peringkat global.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri Tidak Patriotik: Anggota Maritim Malaysia Jadi Kambing Hitam?

Next Post

Dividen Petronas Diramal Semakin Rendah? Kerajaan Perlu Jana Idea Ekonomi Baru

Related Posts