Isu KWSP: Sokong Jika Dikeluarkan Secara Bersasar – Mohd Hamdan

Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA
Hamdan Sharif

Bangi – Keputusan Perdana Menyeri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang bertegas untuk tidak membenarkan pengeluaran wang KWSP daripada akaun penyimpan dipersetujui dan disokong oleh Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif.

Namun dalam masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.

Pengeluaran ini boleh membantu bagi mereka yang terdesak dan mengalami kesempitan hidup akibat kekurangan pendapatan ataupun kehilangan sumber pendapatan dengan menanggung tanggungan yang tinggi.

Beliau menegaskan lagi bahawa mekanisme bantuan kepada rakyat sepatutnya diperkemaskan dan diperluaskan bukan sahaja untuk golongan B40, malahan golongan M40 turut serta terkesan dengan keadaan ekonomi yang menyaksikan kenaikan OPR secara berterusan dan kenaikan harga barangan yang berkali ganda.

Sewajarnya kerajaan perlu meneliti semula skim bantuan kini agar ia lebih sesuai untuk diimplimentasikan dengan keadaan ekonomi semasa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Selesaikan Dahulu Isu Warga Asing Yang Masih Belum Keluar Dari Malaysia – Ir Ts Lukman Al Hakim

Next Post
Timbalan Ketua Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

Wanita BERJASA Komited Basmi Isu Keciciran Murid Dalam Pendidikan – Siti Umi Kalsom

Related Posts