Menteri Ekonomi, Cukuplah Salahkan Rakyat

Nampaknya menteri di dalam kerajaan kini masih berlagak suci dengan meletakkan diri mereka sahaja yang betul. Mereka beranggapan segala kesilapan ataupun kelemahan yang ada di dalam kerajaan sekarang bukannya berpunca daripada mereka namun datangnya daripada faktor luar seperti kerajaan yang dahulu ataupun lebih teruk rakyat sendiri.

Baru-baru ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sikap rakyat Malaysia yang gemar makan di luar menjadi punca kepada masalah kewangan yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau membandingkan juga budaya makan luar antara masyarakat luar negara dengan Malaysia yang mana beliau mengatakan masyarakat luar hanya makan di luar ketika beriadah sahaja berbeza dengan masyarakat Malaysia yang jadikannya sebagai satu kewajiban.

Mungkin beliau lupa bahawa himpitan ekonomi yang terjadi kini telah memaksa rakyat untuk melakukan dua atau tiga pekerjaan dalam satu masa. Masa yang terluang banyak berhabis di luar memandangkan ada yang mengambil inisiatif untuk melakukan pekerjaan lain sejurus tamat pekerjaan hakiki mereka di pejabat seperti berniaga misalnya. Maka alternatif mudah bagi mereka untuk mengisi perut yang kelaparan adalah dengan makan di luar.

Tidak dinafikan bahawa memasak makanan sendiri di rumah lebih selamat kerana terjamin kebersihannya namun harus diingat bahawa kos bahan mentah yang tersedia untuk dijual di pasar raya juga mahal harganya seperti yang diadukan oleh rakyat.

Untuk pengetahuan menteri juga, Food Market Hub mengatakan bahawa ‘profit margin‘ industri makanan dan minuman di Malaysia adalah yang teramat rendah jika dibandingkan dengan industri makanan dan minuman di luar negara. Gaji yang ditawarkan oleh pekerja industri ini di Malaysia juga paling murah jika dibandingkan dengan negara luar yang lain yang boleh mencecah 200% sehingga 300%. Maka ini dapat disimpulkan bahawa kos memasak sendiri dengan makan di luar tidak terlalu beza sekalipun.

Dapat disimpulkan bahawa beliau hanya bijak menyalahkan orang lain sahaja tanpa fokus kepada gerak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kementerian beliau. Dahulu beliau sibuk menyalahkan kerajaan ketika menjadi pembangkan dan sekarang beliau mula menyerang rakyat ketika menjadi kerajaan.

Beliau juga harus faham bahawa peniaga yang berhempas pulas menyerap kos kenaikan harga barang di luar sana juga adalah rakyat Malaysia yang mengundi pada pilihan raya yang lepas. Beliau sepatutnya fokus kepada menstabilkan harga barang yang makin tinggi kini bukannya memberikan alasan bodoh yang tidak mencerminkan anda adalah seorang menteri yang berwibawa.

Selepas ini mungkin akan ada lagi alasan pelik yang dikeluarkan daripada beliau bagi menutup kelemahan kerajaan sekarang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA. Mohd Hamdan

Benarkah DAP Junjung Perlembagaan?

Next Post

Howard Lee Sudah Lampaui Batas, Manipulasi Agama Islam

Related Posts