Sudahlah Sekuriti Makanan Di Malaysia Lemah, Wujud Pula Kartel Baja

sekuriti makanan di malaysia

Sekuriti makanan di Malaysia untuk tahun 2024 ini sememangnya berdepan dengan cabaran iaitu melibatkan ‘kehilangan’ bekalan beras putih tempatan dan kekurangan bekalan telur ayam.

Sehingga kini kerajaan masih belum mendapat solusi yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini yang melibatkan makanan asasi rakyat Malaysia.

Belum selesai lagi isu sekuriti makanan di Malaysia, kini terbongkar pula isu kartel baja yang melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Isu kartel baja ini membawa kepada penahanan seorang eksekutif pemasaran dan dua orang bekas pengurus besar NAFAS oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Skandal kartel yang terlibat dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi dianggarkan bernilai RM1.8 bilion dan RM60 juta.

Bukan setakat warga tempatan sahaja malahan penahanan ini membawa kepada penahanan lain yang melibatkan pengerusi syarikat yang merupakan warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes ini.

Kartel baja ini didapati telah berlaku pada tahun 2022 dan kini NAFAS telah digantung oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Sekuriti Makanan Di Malaysia Berpunca Daripada Rasuah?

Pembongkaran sindiket kartel baja padi oleh SPRM ini menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa budaya rasuah semakin membarah dalam setiap sektor di Malaysia.

Jika sebelum ini ia melibatkan sektor politik dan pertahanan negara kini ia mula menyerang sektor makanan di Malaysia pula.

Mungkin gejala rasuah melibatkan badan berautoriti yang menjaga sekuriti makanan Malaysia sudah lama berlaku namun pembongkaran kartel baja padi ini menguatkan lagi anggapan bahawa sekuriti makanan di Malaysia ini lemah kerana berpunca daripada rasuah.

Kerajaan telah memperuntukkan bajet yang begitu besar untuk menyelesaikan masalah sekuriti makanan negara yang sering bergantung kepada bekalan makanan import.

Belanjawan 2024 telah memperuntukkan bajet untuk perbelanjaan pengurusan sebanyak RM3.28 bilion dan pembangunan sebanyak RM1.54 bilion untuk sekuriti makanan.

Belanjawan 2023 pula memperuntukkan sejumlah RM5.32 bilion untuk mengurus dan RM1.54 bilion untuk pembangunan yang memberikan pertambahan sebanyak 10.4% berbanding Belanjawan 2022.

Hal ini tidak diambil kira lagi dengan bajet sebanyak RM6.42 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025 untuk menyelesaikan isu sekuriti makanan di Malaysia.

Jelas bahawa sudah banyak wang dilaburkan untuk menjaga sektor makanan negara namun hingga kini masalah kekurangan bekalan makanan masih berlaku.

Kerajaan sepatutnya berani untuk mengatasi masalah ini yang dilihat berpunca daripada kelemahan pengurusan dan pentadbiran bukannya masalah kekurangan teknologi ataupun tanah seperti yang dicanang sebelum ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pemansuhan upsr dan pt3

Apa Impak Positif Kepada Pendidikan Nasional Selepas Pemansuhan UPSR Dan PT3?

Next Post
pemandu mabuk

Pemandu Mabuk Semakin Bermaharajarela, Apa Tindakan Kerajaan?

Related Posts