Pengecualian Visa Kepada Warga China & India Ancam Keselamatan Negara

BANGI – BERJASA membantah sekeras-kerasnya mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong daripada China dan India yang melawat Malaysia bermula 1 Disember 2023 ini.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif ketika dihubungi berkata, pengenalan pengecualian visa itu akan mendatangkan kesan kepada keselamatan negara. Hal ini berikutan terdedahnya laporan tahun lepas yang melaporkan seramai 1.2 juta rakyat China masih berada di Malaysia dan tidak keluar untuk pulang ke negara asal. Sehingga kini, masih tidak ada lagi tindakan daripada kerajaan untuk mengatasi isu ini.

Beliau juga menambah bahawa industri pelacuran di Malaysia kebanyakannya dipelopori oleh warga asing terutamanya warga China maka kerajaan perlu meniliti secara terperinci dahulu sebelum mengenalkan pengecualian visa ini kepada mereka.

“Bukan itu sahaja malahan ada sumber yang mengatakan terdapat warga China yang memiliki kad pengenalan negara kita secara tidak sah atau palsu. Ini adalah satu ancaman kepada keselamatan negara kita kerana kita khuatir terdapat di kalangan mereka yang datang dengan niat jahat”.

“Oleh itu saya mendesak agar kerajaan menangguhkan dahulu perlaksanaan pengecualian visa ini. Kita tidak menghalang kemasukan mereka atas tiket sebagai pelancong namun perlulah ia dibuat mengikut cara yang betul dan tidak mendedahkan negara kita kepada ancaman keselamatan daripada luar”, tegas beliau.

Terlebih dahulu kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat ‘strategic partnership‘ hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun, tahun depan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wartawan, Jurnalis Wanita Korban Ganas Zionis

Next Post

#Briskwalk4Aqsa BERJASA Sepang Tanda Solidariti Untuk Palestin

Related Posts