Restoran Ayamas, Jenama Makanan Malaysia Yang Semakin Dilupakan

Apabila membicarakan soal jenama ayam segera yang di Malaysia, sudah pasti jenama seperti KFC, McDonalds, Texas Chicken, Kyochon, 4 Fingers dan Ayamas.

Menariknya, semua jenama yang di atas adalah jenama luar negara yang gah di peringkat antarabangsa kecuali jenama Ayamas merupakan jenama milik Malaysia.

Ayamas sebenarnya mempunyai potensi untuk bersaing dengan jenama ayam segera yang lain kerana keunikan perisa makanannya yang bercirikan rasa tempatan di Malaysia.

Hal ini demikian kerana Restoran Ayamas merupakan salah satu jenama awal yang memperkenalkan konsep ayam panggang siap masak kepada pasaran Malaysia. Ini membuka jalan kepada lebih banyak restoran dan kedai yang menawarkan konsep serupa.

Namun begitu, sayangnya jenama dilihat semakin malap jenamanya kerana ramai pihak di media sosial mendakwa banyak restorannya sudah menutup operasinya di kawasan masing-masing.

Sejarah Dan Latar Belakang Ayamas

Ayamas merupakan salah satu jenama terkenal di Malaysia yang dikenali dengan produk ayam siap masak, sosej, nugget dan produk berasaskan ayam lain.

Rakyat Malaysia mengenalinya sebagai jenama tempatan yang menjadi pilihan ramai untuk makanan mudah dan cepat masak sama seperti jenama makanan segera yang lain.

Membicarakan soal sejarah ringkas jenama ini, Ayamas ditubuhkan pada 1989 di bawah KFC Holdings Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai QSR Brands).

Kini, Ayamas dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Johor Corporation.

Ayamas bertujuan untuk menyediakan pelbagai pilihan makanan yang halal, berkualiti, dan mudah disediakan untuk pengguna di Malaysia.

Ayamas juga dikenali kerana memperkenalkan konsep ayam siap masak yang mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit.

Restoran Ayamas yang pertama dibuka pada tahun 1991 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pembukaan restoran ini menandakan langkah strategik jenama ini dalam memperluas kehadiran jenama mereka dari sekadar produk runcit kepada perniagaan restoran.

Restoran mereka menyediakan tiga pilihan ayam panggang iaitu Golden, Percik dan Pepper sebagai produk utamanya.

Ayam Panggang Golden memberikan rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu, manakala Ayam Panggang Pepper pula mempunyai rasa pedas-pedas menyengat daripada perapan lada hitam yang terbaik dan segar.

Ayam Panggang Percik pula dipanggang dengan sos percik yang kaya dengan perapan santan dan serai yang seterusnya memberikan aroma yang cukup unik.

Selain daripada produk makanan cepat siap iaitu ayam panggang, ia juga terkenal dengan pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, nugget, burger, bebola daging, dan ayam goreng yang mudah disediakan.

Bukan itu sahaja malahan ia juga terkenal dengan pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, nugget, burger, bebola daging, dan ayam goreng serta pelbagai jenis ayam segar dan ayam perap yang telah diproses dengan pelbagai perisa seperti BBQ, lada hitam, dan rempah kari.

Banyak Restoran Mereka Telah Menutup Operasi

Carian yang dibuat di internet tidak menjumpai data yang tepat berapa banyak jumlah restoran Ayamas telah ditutup namun pemerhatian di media sosial menampakkan mereka kini sedang memperlahankan operasi perniagan fizikalnya.

Memandangkan Ayamas juga berada di bawah syarikat yang sama dengan KFC Malaysia iaitu JCorps, mungkin kesan boikot yang digerakkan oleh rakyat Malaysia terhadap KFC memberikan kesan besar yang sama terhadap jenama makanan berasaskan ayam tempatan ini.

Namun begitu, terdapat juga faktor lain yang menjurus kepada penutupan beberapa restoran Ayamas antaranya ialah persaingan pasaran makin kuat berlaku di Malaysia.

Pasaran makanan siap masak di Malaysia semakin kompetitif dengan kemunculan banyak jenama baru serta pengembangan jenama sedia ada seperti Ramly dan produk sejuk beku lain.

Contohnya, Bakers Cottage juga kini menyediakan ayam panggang dengan harga yang lebih murah iaitu RM17.99 bagi ayam panggang bulat seekor.

Pengguna mungkin memilih produk yang lebih murah atau memberikan nilai lebih baik dengan tawaran promosi dan diskaun yang seterusnya mengurangkan permintaan untuk produk Ayamas.

Ayamas juga dilihat tidak cukup aktif dalam mempromosikan produknya dan tidak memperkenalkan inovasi baru yang menarik menyebabkan jenama tersebut kurang relevan di mata pengguna.

Jika dibandingkan dengan gaya pengiklanan yang dilakukan oleh jenama lain seperti McDonalds, Subway dan Texas Chicken, Ayamas agak ketinggalan dalam mempasarkan produk mereka kepada orang ramai sedangkan kualiti produk ayam panggang mereka lebih jauh baik berbanding Bakers Cottage.

Di kala jenama makanan segera KFC diboikot oleh rakyat Malaysia, pihak JCorps boleh mempertimbangkan untuk menaikkan kembali jenama restoran Ayamas sebagai pilihan kepada rakyat Malaysia untuk merasa makanan segera yang berasaskan ayam.

Jenama restoran Ayamas mempunyai potensi yang tinggi untuk bersaing dengan jenama lain di Malaysia maka agak sayang jika ia terus dibiarkan mati begitu sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pendatang Asing Tanpa Izin: Ancaman Atau Peluang Kepada Malaysia?

Next Post

Adakah Demokrasi Di Malaysia Sudah Matang?

Related Posts