Pengecualian Penalti USJ One Park: Langkah Bijak atau Menghakis Hak Bumiputera?

SHAH ALAM – Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan Selangor bersetuju memberi pengecualian bayaran penalti berjumlah RM15.32 juta yang dikenakan ke atas unit kediaman kepada 207 pemilik rumah bukan bumiputera di USJ One Park, Subang Jaya. pada awalnya pemilik rumah bukan bumiputra ini, dikenakan penalti yang tinggi merangkumi diskaun bumiputera sebanyak 7% dan tambahan denda 5%, menjadikan jumlah keseluruhan penalti sebanyak 12% daripada harga rumah. Akibat situasi ini turut menyebabkan hak milik strata mereka tergantung hampir empat tahun kerana tidak sedar membeli unit hak milik bumiputera.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) USJ One Park, Gwee Chee Seng berkata, keputusan kerajaan negeri itu amat melegakan semua pemilik rumah terlibat yang sekian lama berusaha mencari penyelesaian. Katanya, pengecualian penalti tersebut membuka jalan bagi mereka mendapatkan hak milik strata dengan lebih mudah dan tanpa bebanan kewangan tambahan.

Menurut Ketua Penerangan BERJASA, Hamdan Sharif berkata, “Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya tidak melepaskan kuota bumiputera. Pemaju jual rumah harga tinggi-tinggi, kemudian declare bumiputera tak mahu beli. Kemudian buka jualan kepada bukan bumiputera. Sepatutnya setiap pembinaan perumahan pemaju seharusnya mengekalkan kuota minima 30% untuk pembeli berstatus bumiputera”

Selangor menggunapakai garis panduan dalam Pekeliling Mekanisme Pemeliharaan Kuota Bumiputera 2.0 yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Di Selangor, pemaju diwajibkan memperuntukkan 30 -70% unit dalam sesuatu projek perumahan untuk bumiputera dengan tawaran diskaun sebanyak 7% hingga 15% bergantung kepada negeri. Namun, pelepasan unit bumiputera kepada bukan bumiputera hanya dibenarkan selepas melalui prosedur ketat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Persoalannya, bagaimana pembeli unit tidak sedar tanah yang mereka beli adalah hak milik bumiputera? Adakah kerajaan negeri Selangor tidak peka dengan keistimewaan untuk bumiputera atau hanya memikirkan keuntungan sahaja?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Faktor Sebenar Saham MAHB Dijual?

Next Post

Pendidikan Cina, Perjuangan DAP

Related Posts