Pengampunan Diraja: Adakah Negara Ke Arah Budaya Baru Impuniti?

TANJUNG MALIM – Baru-baru ini, Mesyuarat Lembaga Pengarah Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bersetuju mengurangkan (remission) hukuman penjara yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak daripada 12 tahun ke 6 tahun. Denda terhadap Datuk Seri Najib Razak juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Isu pengampunan diraja ini juga telah menerima pelbagai reaksi yang bercampur-baur daripada ahli UMNO dan PH yang masing-masing berada dalam kerajaan sekarang.

Pemuda BERJASA, Meor Azim berkata sebenarnya banyak lagi hukuman yang dihadapi oleh Najib Razak iaitu kes SRC International Sdn. Bhd. yang melibatkan dana sebanyak RM6.6 billion dan AMLA yang didapati bersalah atas penyelewengan sebanyak RM27 juta. UMNO semestinya tidak akan berputus asa untuk memastikan Najib Razak mendapat pengampunan penuh.

“Kerajaan juga dilihat seolah mempersetujui dengan apa yang terjadi. Dahulu PMX kononnya lantang ingin menegakkan reformasi namun telah berubah 360 darjah dengan mengatakan mereka menghormati keputusan bekas Perdana Menteri itu yang akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. PMX siap ‘menggalakkan’ lagi untuk mengemukakan permohonan rayuan pengampunan sekali lagi selepas perlantikan YDPA yang baharu ini pula seperti yang diwawancara oleh Al-Jazeera baru-baru ini”.

“Kerajaan perlu sedar bahawa jenayah yang dilakukan oleh Najib Razak ini bertaraf antarabangsa sehingga mendapat liputan yang meluas daripada media antarabangsa. Hal ini telah menampakkan kegagalan sistem keadilan di dalam negara kita. Kita tidak mahu negara ini dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan budaya impuniti iaitu budaya pemberian keampunan yang tidak berlandaskan prinsip keadilan”.

Tegas beliau, imej Malaysia akan menjadi negatif yang melihat mana-mana pesalah politik dapat dibebaskan dengan mudah melalui pengaruh di dalam kerajaan. Malaysia akan dikenali sebagai negara yang tidak kompeten dalam memperjuangkan keadilan kerana mengamalkan budaya impuniti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar Ibrahim Mampu Dijatuhkan Di Parlimen

Next Post

Kampung Baru Cina Sebagai Tapak UNESCO, Satu Usaha ‘Ethnocide’ Oleh Kerajaan

Related Posts