Terus Kukuhkan Aset Pertahanan Negara – Ir Lukman

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Saya ingin membawa satu persoalan adakah program-program Kementerian Pertahanan akan dikaji semula oleh pentadbiran kerajaan yang baharu?

Ini selari dengan tindakan yang biasa di Malaysia yang mana kerajaan yang baru akan menangguhkan dan membatalkan terus projek yang dijalankan oleh kerajaan terdahulu.

Saya berpendapat program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) berisiko untuk ditangguhkan kerana mantan Menteri Pertahanan sebelum ini, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa pembinaan kapal-kapal itu akan bermula semula pada Januari depan.

Terdapat juga kemungkinan program pembinaan kapal ini akan terus dibatalkan jika masalah yang menyelubungi program ini terlalu besar untuk diselesaikan oleh kerajaan yang baru nanti.

Satu lagi program perolehan aset yang berisiko untuk ditangguhkan ialah perolehan antara 18 hingga 36 buah pesawat pejuang ringan (FLIT/FCA) yang dianggarkan bernilai RM4 billion hingga RM8 billion.

Kerajaan berkemungkinan terpaksa menangguhkan program perolehan aset atas dasar berjimat cermat akibat ketidaktentuan ekonomi pada tahun hadapan.

Banyak lagi program perolehan aset yang mungkin terpaska ditangguhkan seperti perolehan 18 buah sistem meriam bergerak dan 8 buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua yang amat diperlukan oleh TLDM.

Apa-apa pun keputusannya nanti, kerajaan yang baru dibentuk ini perlu memandang serius soal pertahanan dan keselamatan negara.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Naib Presiden BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Afif Badhrulhisham Naib Presiden BERJASA

Saiz Kabinet dan Kecekapan Pentadbiran Kerajaan – Afif Badhrulhisham

Next Post
Hamdan Shariff Ketua Penerangan Parti

Tiada Keperluan Untuk Adakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan – Ketua Penerangan BERJASA

Related Posts