Kerajaan Wajar Berikan Peruntukan Besar Untuk Sukan Takraw

takraw

BANGI – Kejayaan skuad takraw negara dalam menundukkan skuad Gajah Putih iaitu Thailand dalam perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu semalam wajar mendapat pujian ramai pihak. Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa.

Ketua Pemuda BERJASA, Azriq Rosman berkata inisiatif kerajaan yang memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM1 juta bagi penganjuran kejohanan berkenaan adalah satu tindakan yang baik untuk menaikkan motivasi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam melahirkan pemain yang berkualiti.

Geran Padanan Sukan merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan persatuan.

Kaedah pemberian peruntukan Geran Padanan Sukan adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai dilaksanakan iaitu 50 peratus daripada kos program atau maksimum sehingga RM 1 juta bagi satu penganjuran program.

Namun demikian, beliau berpendapat PSM dan juga pasukan negara wajar mendapat peruntukan khas untuk membolehkan mereka membuat persediaan latihan yang selayaknya untuk kejohanan akan datang.

Sebelum ini PSM dan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) tidak mendapat sebarang peruntukan bagi program pembangunan sepak takraw seperti yang ditegaskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Blackrock

Penjualan Saham MAHB Ke Blackrock Mencurigakan

Next Post
terbantut

Kanak-Kanak Malaysia Berpotensi Terbantut?

Related Posts