Makkal Sakti Pary Ingin Iktiraf Penjajah Bernama Rajendra Chola?

rajendra chola

Rakyat Malaysia baru ini dikejutkan dengan satu laporan yang mengatakan sebuah parti politik di Malaysia iaitu Malaysia Makkal Sakti Party (MMSP) ingin mengadakan upacara perletakan patung Rajendra Chola di Sungai Petani, Kedah. Ia dilakukan sebagai pengiktirafan kepada Rajendra Chola atau nama gelarannya dikenali sebagai Kadaram Kondhan itu yang dikatakan kononnya sebagai penguasa asal di Tanah Melayu.

Rata-rata komen netizen di laman rasmi Facebook MMSP menyatakan sokongan terhadap upacara itu dan bersetuju bahawa Rajendra Chola adalah penguasa asal yang dilupakan di Tanah Melayu. Mereka menganggap Tanah Melayu ini asalnya majoriti masyarakatnya beragama Hindu hasil penguasaan raja Chola sebelum dirampas oleh Islam.

Namun demikian, beliau asalnya bukan seorang penguasa melainkan hanya sebagai seorang penjajah sahaja. Beliau merupakan seorang raja Chola yang terletak di India Selatan dan tunjuan beliau menyerang kerajaan Srivijaya pada 1025 Masihi adalah disebabkan oleh faktor ekonomi kerana Empayar Melayu Srivijaya mengawal penuh laluan perdagangan yang strategik dan kaya di Selat Melaka.

Harus diingat bahawa Empayar Melayu Srivijaya telah sekian lama membina tamadun bangsa mereka sendiri sebelum Rajendra Chola datang menyerang. Agak dangkal untuk mengatakan Rajendra Chola sebagai raja asal di Tanah Melayu sedangkan beliau pun asalnya datang daripada kerajaan Chola di India Selatan. Maka beliau bukanlah penguasa tetapi hanya sebagai penjajah.

Dalam membandingkan sejarah negara lain, sejarawan tidak menganggap serangan terhadap kerajaan-kerajaan kecil di dalam China waktu pemerintahan Maharaja China sebagai penjajahan kerana ia dianggap sebagai penguasaan. Mereka berasal daripada rumpun yang sama iaitu kesamaan dari segi bahasa dan budaya tidak menjadikan mereka terasing.

Otto Von Bismarck, bekas Kanselor Jerman telah menyatupadukan kerajaan kecil sekitar Jerman untuk bergabung membentuk sebuah negara Jerman yang satu. Ia tidak dipanggil sebagai penjajahan kerana mereka asalnya berasal daripada rumpun yang sama bukannya orang asing.

Rajendra Chola hanya orang asing yang datang menjarah Srivijaya yang sudah pun mempunyai tamadun yang berbeza daripada Chola. Sebelum Srivijaya pun, Kedah Tua sudah membina empayar di Tanah Melayu pada abad ke-2 Masihi lagi.

Rajendra Chola bukannya sebagai penguasa malahan tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai penjajah sahaja. MMSP patut lebih peka dengan sejarah itu dan sepatutnya semua pihak di Malaysia sudah jelas dengan identiti nasional Malaysia sebagai sebuah negara yang beridentitikan Melayu sebagai tunjang utama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
boikot

Boikot Produk Taikun Anti-Islam – Presiden BERJASA

Next Post
ultra kiasu

Kepada Ultra Kiasu, Serlahkan Kesetiaan Atau Pulangkan Kewarganegaraan

Related Posts