Pemimpin Korupsi: Imej Negara Tercalar

korupsi

BANGI – Pemimpin kerajaan khususnya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dah ahli Kabinetnya perlu bersih daripada sebarang tuduhan korupsi kerana integriti dan kepercayaan rakyat merupakan asas kestabilan serta keberkesanan pemerintahan. Isu korupsi kini dilihat semakin kuat mengakar dalam arena politik tanah air sehingga menimbulkan konflik politik yang berpanjangan.

BERJASA berpandangan isu korupsi ini sangat berkait rapat dengan keberkesanan tadbir urus dan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini. Sebelum ini kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) khususnya parti DAP sangat lantang dalam perkara ini ketika menjadi pembangkang bahkan sentiasa menjuarai isu ini.

Namun begitu kita lihat dalam kerajaan perpaduan kini terdapat beberapa pimpinan kerajaan yang terpalit dengan isu korupsi dan rasuah terutamanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bahkan baru-baru ini dilaporkan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia terlibat di dalam kontroversi mengenai kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suaminya iaitu Asia Mobiliti.

Asia Mobiliti dipilih untuk projek perintis di bawah inisiatif Selangor Mobility untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Isu ini sedikit sebanyak telah mencalar nama baik kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan anti korupsi dan rasuah.

Oleh yang demikian, BERJASA berpendapat langkah untuk memastikan seseorang pemimpin kerajaan itu bersih daripada tuduhan korupsi amat penting bagi membangunkan sebuah negara yang adil, makmur dan stabil selaras dengan penetapan yang dibuat di dalam Impian Nasional 2040 milik BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing: Kebergantungan Tinggi Yang Mengundang Padah

Next Post
palestin

Di Kala Palestin Berdarah, Menteri Malaysia Bersuka Ria Dengan Amerika Syarikat

Related Posts