BERJASA Seru Bangkit Pertahankan Kalimah Allah

kalimah allah

SHAH ALAM – Polemik penghinaan terhadap kalimah Allah telah memasuki fasa baru di mana pihak penghina sedang dipertahankan oleh pihak lain yang sekian lama menunjukkan sikap anti Islam. Hal ini merujuk kepada kenyataan Nga Kor Ming dan Tiong King Sing yang masing-masing mengeluarkan tidak bersetuju dengan pemboikotan terhadap pasar raya KK Mart.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata jika nama menteri dan ahli keluarga menteri dicetak nama mereka di bawah tapak kaki kasut seterusnya diinjak-injak di lantai, pasti mereka marah dan berasa tersinggung. Dalam situasi ini, kalimah Allah telah dihina dan Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam yang wajib disembah oleh semua manusia. Kalimah ini juga merupakan kalimah yang tertinggi di sisi perlembagaan negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Tambah beliau, BERJASA berdiri teguh bersama Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Haji. Mohd Na’im Mokhtar di atas pendirian mereka yang menegaskan penghinaan terhadap kalimah Allah ini merupakan satu isu yang serius, merosakkan keharmonian kaum dan tindakan tegas perlu diambil.

“BERJASA melihat isu ini cuba didiamkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada kumpulan dan pemimpin bukan Islam. Mereka bukan sahaja tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam bahkan mereka sebenarnya telah melanggar 3R secara jelas”.

“BERJASA juga melihat penghinaan terhadap kalimah Allah ini adalah sesuatu yang dirancang dengan rapi bagi menguji dan menilai tahap tindakan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Kalimah Allah sudah lama dominan di Malaysia maka tidak masuk akal apabila mereka tidak cakna”, tegas beliau.

Beliau juga menyeru semua lapisan umat Islam di Malaysia dengan segala usaha yang wajar bagi mempertahankan kesucian dan keagungan nama Allah yang mulia. Mengangkat martabat kalimah Allah dan Islam merupakan tanggungjawab hakiki umat Islam Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
dap mca

DAP & MCA Berkongsi Agenda Yang Sama – Azriq Rosman

Next Post
nga kor ming tiong king sing

Nga Kor Ming & Tiong King Sing Didesak Letak Jawatan

Related Posts