Falsafah Pendidikan Kebangsaan Bakal Melahirkan Modal Insan Yang Berdaya Saing

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam mempertahankan identiti nasional, mengembangkan potensi individu, dan mempersiapkan modal insan dalam pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebagaimana negara-negara maju yang lain, hala tuju pendidikan negara perlu diselarikan dengan perancangan pembangunan negara agar semua rakyat mendapat jaminan pekerjaan mengikut keperluan semasa. Melalui langkah ini, sasaran untuk Malaysia menjadi negara maju tiada pengangguran dan mampu memberi gaji bermaruah kepada rakyatnya.

Antara industri yang pesat membangun kini adalah industri sains dan teknologi. Hal ini dapat dilihat dengan perkembangan teknologi yang pesat antaranya kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), hab data, rantaian blok (blockchain), dan keselamatan siber.

Tidak ketinggalan penghasilan produk teknologi seperti telefon pintar, dron, dan kenderaan elektirik. Industri sains dan teknologi ini sudah pasti memerlukan modal insan yang kompetitif dalam melaksanakan agenda pembangunan negara.

Agak malang dan rugi sekiranya modal insan negara tiada atau sekiranya ada mereka akan memberi khidmat kepada negara luar kerana tenaga dan kepakaran mereka tidak dapat diposisikan dengan sebaik mungkin oleh negara. Kebergantungan Malaysia kepada tenaga asing amat serius dan perlu dikekang oleh kerajaan sebaik mungkin.

Sebanyak RM34 bilion wang dibawa keluar oleh warga asing setiap tahun. Hal ini belum lagi dicampur dengan modal insan negara yang sememangnya berkhidmat diluar negara dan tidak memberi khidmat secara langsung di negara ini.

Justeru itu, Impian Nasional BERJASA 2040 merupakan salah satu usaha untuk semua rakyat Malaysia bersama dalam perancangan semula dan penambahbaikan sistem pendidikan sedia ada agar generasi baharu bakal menjadi modal insan negara yang bersatu, berintegriti, dan berdaya saing.

Menjelang 2040, kita tidak mahu pakar-pakar luar untuk memberi khdimat nasihat atau lebih menyedihkan mengambil kesempatan atas sumber kekayaan negara.

Modal insan negara akan menumpahkan kesetiaan dengan membangunkan negara dengan kepakaran mereka sendiri. Mereka arif tentang bagaimana mencipta kejayaan dan seterusnya membina peradaban negara untuk seratus tahun akan datang.

Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Riang Ria Raya Bersama BERJASA Larut

Next Post

Malaysian Food Security

Related Posts