BERJASA Syor Tubuh Syarikat Pengurusan Sumber Mineral

sumber mineral

BANGI – BERJASA mengesyorkan untuk kerajaan menubuhkan sebuah syarikat seakan PETRONAS untuk menguruskan sumber mineral negara seperti sumber nadir bumi, emas dan lain-lain. Malaysia dilihat berpotensi untuk menguruskan sumber mineral negara secara mandiri setelah melihat kejayaan PETRONAS menguruskan dengan cemerlang sumber minyak dan gas bermula tahun 1974.

Itu penegasan yang diberikan oleh Naib Presiden BERJASA, Ir. Ts. Lukman Al Hakim dalam satu kenyataan yang dimuatnaik oleh beliau di laman sosial miliknya. Beliau berpendapat jika Malaysia boleh menubuhkan syarikat PETRONAS untuk menguruskan sumber minyak dan gas negara maka tiada halangan untuk negara ini menubuhkan juga sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan sumber mineral.

“Malaysia telah berjaya membangunkan industri minyak dan gas secara berfasa bertitik tolak dengan penubuhan PETRONAS pada tahun 1974”.

“Bermula dengan kontrak perkongsian dan pemindahan teknologi daripada syarikat gergasi dunia, Malaysia membina kemampuan untuk menguruskan hasil minyak dan gas negara secara kendiri sehingga PETRONAS tersenarai sebagai syarikat Fortune 500 dan beroperasi di lebih 30 buah negara di seluruh dunia”.

“Persoalannya, kenapa model yang sama tidak digunakan dalam mengurus sumber mineral yang lain seperti nadir bumi (REE), emas dan lain-lain?”, soal beliau.

Tambah beliau, negara kita dianggarkan menyimpan sumber nadir bumi di dalam perut bumi yang bernilai RM1 trillion. Begitu juga simpanan emas di beberapa Jalur Emas di Kelantan dan Pahang yang nilainya dikatakan mampu mencapai beratus billion ringgit.

“Namun begitu, hakikatnya hari ini kita melihat banyak lombong-lombong nadir bumi dan emas haram yang berleluasa. Begitu juga dengan kemasukan kuasa asing secara senyap-senyap atau secara terus terang menjarah hasil kekayaan mineral Malaysia melalui perjanjian atau perniagaan rasmi”.

“Bukankah lebih baik ditubuhkan satu syarikat pengurusan mineral negara (seperti PETRONAS) yang bertanggungjawab membina kepakaran, infrastruktur dan teknologi bagi menguruskan hasil kekayaan negara ini”, tegas beliau.

Beliau juga berpendapat bahawa Malaysia masih belum terlambat untuk memulakan secara serius dalam membangunkan industri sumber mineral negara jika kerajaan mempunyai ‘political will‘ yang tinggi untuk memajukannya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
peruntukan ahli parlimen pembangkang

Apa Nasib Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang?

Next Post
iran palestin

Iran Bukan Penyelamat Palestin – Presiden BERJASA

Related Posts