Fokus Kebajikan Guru KAFA, Bukan Fitnah- Zulkifli Yahya

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Bangi – Setiausaha Agung BERJASA, Zulkiflin Yahya tampil mengecam tuduhan daripada Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzah berkenaan dakwaan guru-guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) berpolitik di dalam sekolah.

Beliau ketika dihubungi berkata, dakwaan Sany Hamzah tersebut hanya bermotifkan politik tanpa ada hujah dan bukti yang kukuh untuk membela kenyataan beliau itu.

“Beliau sepatutnya tidak patut mengeluarkan dakwaan-dakwaan yang berniat jahat terhadap guru-guru KAFA ini. Mereka hanya fokus kepada tugas hakiki sahaja iaitu mengajar dan mendidik anak-anak murid di sekolah”.

“Saya juga merupakan Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SRAR) di kawasan saya dan saya tidak melihat pun mana-mana guru yang bertindak menghasut perkara yang bukan-bukan mengenai politik kepada anak-anak murid”.

“Apabila Yang Berhormat Sany sudah berada di Parlimen, lebih baik beliau fokus dengan agenda untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA ini seperti kenaikan gaji dan promosi ke lantikan jawatan tetap. Itu yang sepatutnya yang menjadi agenda utama perbincangan berkenaan guru-guru KAFA ini.”

Beliau menggesa agar dihentikan permainan politik fitnah-memfitnah daripada kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang. Kerajaan sekarang yang menggunakan teras Kerajaan Madani perlu bersikap mesra kepada rakyat melalui pembentukan dasar-dasar yang memudahkan rakyat bukannya mengaitkan mereka untuk agenda politik seperti tuduhan terhadap guru-guru KAFA ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzah tampil membuat dakwaan di Parlimen semalam wujudnya hasutan berbentuk politik perkauman daripada guru-guru KAFA kepada murid-murid di sekolah agama.

Dakwaan itu mendapat bantahan yang keras daripada pihak pembangkang kerana tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah

Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak – Dr Fadilah

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Usah Normalisasi Pluralisme Agama – Fahmi Bazlan

Related Posts