Selepas Isu Kalimah Allah Di Stokin, KK Mart Kembali Dengan Isu Sandwic Ham And Cheese Yang Tidak Halal

kk mart ham and cheese

KK Mart seakan tidak serik dengan isu yang terus menimpanya apabila terkini mereka dipalit pula dengan isu penjualan sandwic ham and cheese yang diragui halalnya.

Isu ini mula mendapat perhatian daripada orang ramai apabila seorang mahasiswa di Universiti Malaya (UM), Ibrahim Alam tampil membuat laporan polis susulan penemuan sandwic tersebut.

Beliau mendakwa sandwic itu mengelirukan mahasiswa yang beragama Islam dan Melayu di UM kerana terdapat logo halal di belakangnya.

Bertindak atas pendedahan tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah menyerbu syarikat pembekal sandwic terbabit iaitu Shake and Bake bagi melakukan pemeriksaan di lapangan.

Mungkin pihak KK Mart ataupun pembelanya akan menggunakan hujah bahawa perkataan “ham” tidak semestinya menggambarkan ia adalah daging babi kerana wujud juga produk makanan yang menggunakan nama “chicken ham“.

Namun begitu, semakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia menggariskan produk yang memaparkan nama yang menyerupai dengan barangan yang tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum dan hot dog tidak layak untuk memohon sijil halal.

Bukan itu sahaja malahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataannya telah mengesahkan bahawa produk sandwic ham and cheese yang dijual oleh KK Mart di dalam kampus UM tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan pembekal sandwic itu juga bukan pemegang SPHM.

Wajar Dikenakan Tegas Terhadap KK Mart Yang Cuai Menjual Sandwic Ham And Cheese

KK Mart hanya bijak menyalahkan pihak lain apabila berhadapan dengan isu ini sama seperti isu yang menimpa mereka dahulu.

Sewaktu mereka dipalit dengan isu stokin yang mempunyai kalimah Allah, mereka hanya menyalahkan pembekal dengan alasan pihak sana cuai ketika menghasilkan produk sedemikian.

Kini mereka kembali dengan modus operandi yang sama apabila menyalahkan syarikat pembekal sandwic ini dengan harapan orang ramai tidak menampakkan mereka ini benar-benar bersalah.

Hal ini jelas bahawa KK Mart tidak bersikap cekap dalam memastikan produknya selamat untuk dijual kepada orang ramai.

Sebagai sebuah syarikat pasar raya yang sudah mempunyai banyak cawangan di Malaysia, mereka boleh sahaja melantik khidmat pemeriksa kualiti untuk memastikan produk yang masuk ke premis mereka bebas daripada sebarang kesilapan.

Sudah tiba masanya kerajaan mengenakan hukuman yang tegas terhadap KK Mart kerana kesilapan yang berlaku ini merupakan kesalahan yang berulang dan mereka seakan tidak mengambil pengajaran langsung daripada isu yang terdahulu.

Kerajaan sepatutnya sudah cukup memberi muka kepada mereka hinggakan menjemput KK Mart menyertai delegasi ke Uzbekistan atas alasan urusan ekonomi pada tahun lepas ketika isu stokin tertera kalimah Allah hangat dibincangkan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
harga rumah

Harga Rumah Di Lembah Klang Dijangka Naik 4% Pada 2025

Next Post
projek hsr kl-singapura

Berjaya Group Yang Dimiliki Vincent Tan Bida Projek HSR KL-Singapura Melalui Konsortiumnya

Related Posts