Hutang PTPTN: Sebanyak RM32.29 Bilion Tunggakan PTPTN Belum Dibayar

hutang ptptn

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata hutang PTPTN sebanyak RM32.29 bilion belum dibayar semula oleh peminjam.

Beliau berkata lagi bahawa daripada jumlah itu sepatutnya sebanyak 2,716,110 pinjaman sudah patut mula dibayar balik dengan amaun patut bayar balik keseluruhan berjumlah RM32.29 bilion.

Jumlah penghutang yang belum melunaskan bayaran hutang mereka kepada PTPTN adalah begitu tinggi dan menunjukkan sikap sambil lewa mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pembayar hutang.

Kerajaan perlu memandang isu ini secara serius memandangkan PTPTN merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan pinjaman kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit untuk melanjutkan pelajaran di IPT.

Jika jumlah hutang yang wajib dibayar semula ini terus meningkat, hal ini dikhuatiri akan meletakkan PTPTN dalam keadaan bermasalah untuk memberikan wang pinjaman kepada mahasiswa Malaysia pada masa akan datang.

Tunggakan & Hutang PTPTN Berpunca Daripada Hasutan Ahli Politik?

Kata-kata kalimat pendidikan percuma selalu kedengaran sewaktu Pakatan Harapan (PH) menjadi pembangkang dahulu.

Mereka sanggup turun ke jalan berdemonstrasi bagi menuntut kerajaan agar menghapuskan hutang PTPTN dan menyeru pendidikan percuma diberikan kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2012 pernah menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada PTPTN.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau sewaktu menjadi ketua pembangkang dan berucap di hadapan 10,000 orang dalam satu ceramah di Permatang Pauh.

Beliau berkata PTPTN akan dimansuhkan dan digantikan dengan skim pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Agak menghairankan beliau lebih cenderung ke arah pendidikan percuma sedangkan sistem pendidikan kita masih berkecamuk dengan adanya sekolah vernakular yang gagal menyatupadukan kaum.

Seorang lagi figura politik yang kini berada dalam kabinet kerajaan iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli pernah mengecam PTPTN sebagai bangsat kerana mencadangkan untuk mengenakan sekatan ke luar negara kepada penghutang yang belum melunaskan hutang PTPTN mereka.

Beliau menjelaskan PTPTN tidak sepatutnya mengenakan undang-undang sedemikian kerana badan itu bukan entiti perniagaan dan komersial.

Secara logiknya, idea PTPTN itu wajar disambut secara baik kerana pihak yang mahu ke luar negara pastinya merupakan orang yang berkemampuan maka sewajarnya hutang PTPTN mampu dibayar oleh mereka.

Adam Adli kini sudah pun menjadi menteri di dalam kerajaan dan seruan untuk menghapuskan PTPTN terus senyap tanpa khabar.

Hal ini tidak diambil kira lagi kenyataan daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang berkali-kali mengulangi gesaan untuk hapuskan PTPTN dan berikan pendidikan percuma.

Mereka semua sudah pun menjadi kerajaan maka selayaknya mereka melihat sendiri kesan hasil daripada kebodohan hasutan mereka yang terdahulu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hamil luar nikah

Isu Hamil Luar Nikah: Apakah Solusi Yang Boleh Diambil?

Next Post
anwar ibrahim israel

Anwar Ibrahim Sokong Israel Pertahankan Diri?

Related Posts