Selepas Gencatan Senjata Di Gaza, Adakah Syarikat Yang Diboikot Boleh Kembali Untung Atau Terus Rugi?

gencatan senjata gaza

Gencatan senjata di Gaza yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat dilihat seakan samar-samar harapannya kerana pihak rejim Zionis hingga kini masih rancak dengan kejamnya terus membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza yang sudah lama ditunggu-tunggu ditangguhkan kerana masalah pada saat akhir.

Beliau menuduh Hamas sebagai punca kepada segala penangguhan ini berlaku dan mendakwa Hamas melakukan pemerasan ugut pada saat-saat akhir.

Di sebelah pihak Hamas pula, pegawai kanan Hamas Izzat al-Rashq bagaimanapun menafikan kenyataan itu dengan berkata Hamas tetap komited dengan perjanjian gencatan senjata tersebut.

Namun demikian, apa-apa pun yang berlaku desakan ke arah gencatan senjata di Gaza tetap akan diteruskan oleh pelobi di kalangan negara Arab seperti Qatar dan Mesir bagi memastikan lebih ramai nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah dapat diselamatkan buat masa ini.

Persoalan yang patut dibangkitkan di sini adalah adakah pemeteraian gencatan senjata ini akan membolehkan syarikat yang diboikot dapat kembali bernafas atau terus mengalami kerugian?

Perjanjian Gencatan Senjata Gaza Tidak Janjikan Syarikat Yang Diboikot Kembali Pulih Seperti Dahulu

Mungkin ada pihak akan merasakan bahawa perjanjian gencatan senjata Gaza yang akan dimeterai nanti bakal memberikan petanda positif kepada syarikat-syarikat yang diboikot untuk kembali pulih ekonominya.

Namun penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Syifaa’ Mahsuri Ismail berpendapat sebaliknya dengan mengatakan pemulihan pendapatan syarikat-syarikat ini mungkin mengambil masa berikutan peralihan sentimen pengguna, persaingan daripada jenama tempatan dan peningkatan kos.

Beliau berkata gencatan senjata yang akan berlaku nanti mungkin akan mengurangkan boikot namun harus disedari bahawa sudah wujudnya persaingan sengit daripada pilihan tempatan yang semakin pesat berkembang.

Kenyataan ini dilihat ada benarnya kerana arus boikot yang diadakan di seluruh dunia menyaksikan begitu banyak sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada jenama tempatan.

Rakyat Malaysia kini dilihat sudah mula menyesuaikan diri secara perlahan untuk menggantikan pilihan mereka daripada francais makanan segera McDonald dan KFC kepada produk tempatan seperti Ahmad Fried Chicken, D’Apple Fried Chicken dan Muiz Chicken.

Bagi produk berkaitan kopi pula yang mana Starbucks, milik Berjaya Group sudah berdepan saingan sengit daripada Richiamo Coffee, Kopi Mesin dan keda-kedai kopi tempatan lain.

Jenama francais kopi tempatan ini sudah mula diterima baik oleh rakyat Malaysia yang menyokong jenama ini untuk membeli minuman kopi.

Hal ini sama juga seperti jenama Nestle yang berhadapan dengan arus boikot rakyat tempatan namun penganalisis berpendapat Nestle mungkin hanya memerlukan 18 bulan sahaja untuk pulih semula memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia masih bergantung pada jenamanya seperti Maggi, Nescafe dan Milo.

Kempen boikot yang dibawa oleh rakyat Malaysia dilihat begitu terkesan kerana dapatan yang ditunjukkan melaporkan bahawa keuntungan bersih Nestle Malaysia menurun 36.12% ke tahun kepada RM85.14 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 daripada RM93.6 juta.

Berjaya Foods yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan pula mengalami kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2024 berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya.

Saham Nestle pada 2024 turun 15% manakala Nestle Malaysia menurun 43% akibat kempen boikot rakyat Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ron95

Inflasi, Harga RON95 Dan OPR Dijangka Naik Untuk 2025

Next Post
nga kor ming umar

Nga Kor Ming Dakwa Contohi Khalifah Umar Al-Khattab Tetapi Ambil Mudah Soal Halal

Related Posts