Gesa Apung Harga Telur, Elak Dimanipulasi Kartel

SHAH ALAM – Kerajaan perlu bertindak segera mengapungkan harga telur dalam masa terdekat bagi mengelak harga dan bekalan runcit bahan itu terus dimanipulasi ‘kartel’.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin mengakui jika telur ayam diapungkan sekarang harganya pasti akan naik.

“Saya bukan kata sebab kos ‘production’, tapi saya tengok harga antarabangsa. Di Thailand, telur 65 sen sebiji, kita pula 45 sen, keluar subsidi 10 sen baru jadi 55 sen.

“Tapi bekalan telur ayam di pasaran tak turun, telur itu ada tapi telur yang disubsidi sahaja tiada, sebab operator pun pandai juga mereka tak nak jual gred A, B, C sebab nak jual telur omega,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri ke-419 ‘Tarik Subsidi Ayam: Apa Kesan Kepada Rakyat?’ dihoskan oleh Ismail Adnan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Muhammad dan Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff sebagai panelis.

Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, jika harga telur diapungkan segera dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi pasti bekalan baharu akan wujud.

“Jika apung sekarang nak raya nanti bekalan telur gred A, B dan C ada, jangan jadi macam tahun lepas kena pakai telur omega buat biskut, mahal.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kad Media harakah ditarik kerajaan dipersoal kumpulan media

Next Post

BERJASA Serah Memorandum Bantahan Ke kedutaan AS, 5 Seruan Bebaskan Palestin

Related Posts