Usah Terperangkap Dengan Sentimen Rasis Lim Guan Eng

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Shah Alam – Dewan Perniagaan Cina sepatutnya usah terperangkap dengan ruang lingkup minfa yang sempit dan rasis apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan apatahlagi melibatkan isu politik nasional.

Penegasan ini diberikan oleh Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan susulan pendirian Dewan Perniagaan Cina untuk mempelawa rakan-rakan media untuk membuat liputan bertajuk “Sokong Kesinambungan Ketua Menteri Cina di Pulau Pinang” di George Town, minggu lepas.

Beliau berpendapat, tujuan kempen itu diadakan langung tiada asasnya kerana tiada dalam undang-undang atau peruntukkan yang menetapkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dikhususkan untuk masyarakat Cina sahaja.

“Saya berpandangan ini adalah kesan daripada naratif yang ditanam oleh Lim Guan Eng mengenai ‘gelombang hijau’ yang merujuk kepada pengundi Perikatan Nasional (PN). Akhirnya wujudlah sentimen Islamofobia dan rasa terancam hingga mereka rasanya perlu wujudkan kempen ini”.

“Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya telah termakan dengan hasutan daripada Lim Guan Eng yang sebenarnya berniat jahat dan bermain sentimen politik perkauman”.

“Negara ini dibangunkan dengan asas perlembagaan, selagi mana hak-hak pribumi dan masyarakat Cina tidak dinafikan, tiada diskriminasi, apatahlagi penindasan. Masyarakat Cina tidak perlu bimbang dan panik secara membuta tuli sebaliknya berlaku adillah dan rasional dalam membuat pertimbangan”, tegas beliau.

Beliau menambah, jika kewarasan dan bijaksana itu menjadi asas pertimbangan maka saya yakin isu ini tidak akan muncul dan masyarakat Cina akan lebih terbuka untuk Pulau Pinang melantik Ketua Menteri dari kalangan bangsa Melayu atau mana-mana bangsa selain Cina asalkan ia memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin sebuah negeri dengan pentadbiran yang baik.

Sebelum mengakhiri wawancara beliau bersama Gelombang BERJASA, beliau ingin mempersoalkan adakah kempen yang dibuat oleh Dewan Perniagaan Cina ini semata-mata ingin mempertahankan kuasa pihak tertentu sahaja atau demi kebaikan rakyat.

Terdahulu, portal Malaysia Now melaporkan bahawa sebuah persatuan besar Cina di Pulau Pinang melancarkan kempen untuk memastikan ketua menteri di negeri itu akan datang adalah dalam kalangan masyarakat Cina. 

Ini susulan kenyataan kontroversi Lim Guan Eng yang memberi amaran kepada pengundi bukan Islam terhadap ancaman ‘gelombang hijau’.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA. Mohd Hamdan

‘Mindset’ Politik Kepartian Yang Jumud

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Kerajaan Digesa Terangkan Apa Itu 3R Secara Telus

Related Posts