Aliran Dana Keluar Asing Mengalir Keluar, Tanda Pelabur Lari?

ekonomi

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM2.88 bilion dana asing jangka pendek mengalir keluar daripada pasaran modal negara pada Mac, selepas mencatat aliran masuk RM3.81 bilion selama empat bulan berturut-turut sebelumnya, demikian mengikut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB). Jika keadaan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, ini seakan menandakan pelabur asing sudah hilang keyakinan dengan ekonomi negara kita.

Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd, Wong Chew Hann, berkata penjualan berlaku dalam 16 daripada 20 hari dagangan pada bulan dikaji sekali gus mengubah kedudukannya kepada jualan bersih RM880 juta bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.

Chew Hann juga berkata, pelabur runcit meneruskan rentak jualan sejak Julai 2023 pada Mac membabitkan jumlah RM290 juta.

Bukan itu sahaja malahan beliau juga menambah mlah pegangan asing kini susut sebanyak RM15 bilion daripada rekod tertinggi RM279.2 bilion pada Julai 2023, manakala ringgit menyusut 5.2 peratus dolar Amerika Syarikat (AS).

Sehingga kini kerajaan masih lagi belum menampakkan hasil untuk mengukuhkan kembali ekonomi melainkan dengan hanya memperkenalkan cukai baharu sahaja. Lebih parah lagi, hutang negara akan terus bertambah.

Hal ini juga disuarakan oleh penganalisis ekonomi, Sian See, yang memberi pandangan beliau bahawa hutang kerajaan tahun ini dijangka meningkat kepada RM1,263 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM576.2 bilion berbanding 2017. Jika tidak dikawal, kerajaan berisiko untuk terus terperangkap di dalam krisis ekonomi yang berpanjangan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kafir

Polemik Istilah ‘Kafir’ Hasil Fahaman Liberal

Next Post
anwar ibrahim

Anwar Ibrahim, Cukuplah Berfantasi!

Related Posts