Kilang Pemprosesan Nadir Bumi: Keutamaan Kritikal Negara Dalam Pembangunan Teknologi Hijau

BANGI – Berdasarkan permintaan amat tinggi untuk nadir bumi oksida di seluruh dunia berikutan perkembangan pesat dalam pembangunan teknologi hijau dan tenaga bersih, pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oksida amat diperlukan di negara kita. Dengan jumlah simpanan nadir bumi ‘ion adsorption clay’ atau IAC yang hampir sifar kandungan radioaktifnya, sebanyak 16 juta tan dengan nilai hampir 800 billion ringgit, negara boleh menjadikan sumber ini pendapatan yang tinggi dan sekaligus membantu mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi sekarang ini.

Buat masa ini, kilang Lynas yang beroperasi di Kuantan adalah kilang pemprosesan terbesar dan termoden nadir bumi di dunia (luar dari China) milik Australia sepenuhnya yang memproses tanah dari lombong di Mount Weld, Australia Barat untuk menghasilkan pekatan nadir bumi yang merupakan sebahagian dari mineral strategik dan kritikal untuk pelbagai produk elektronik, teknologi hijau, mangkin untuk petrokimia, kenderaan elektrik, industri pertahanan dan lain-lain.

Dengan memproses sumber tempatan nadir bumi yang terdapat di negara, kita akan menjadi pemain utama pengeluran nadir bumi oksida di dunia selain China dan Lynas. Mungkin ramai yang mempertikaikan kemampuan dan kebolehan Malaysia mendirikan kilang nadir bumi sendiri. Kami dengan tegas ingin menyatakan kita mempunyai kemampuan dan kebolehan mendirikan kilang ini. Ramai anak tempatan telah memperolehi kepakaran dalam bidang ini melalui penyelidikan dan kerja-kerja semasa usaha-usaha memprolehi sarjana dan kedoktoran, sebahagian besarnya dari Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber (SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah.

Buat masa ini, Pusat SmaRRT yang ditubuhkan pada tahun 2014 (dikenali masa itu dengan nama Pusat Kajian Nadir Bumi) telah menjalankan penyelidikan dalam pemprosesan nadir bumi secara intensif. Penglibatan salah seorang staf dalam pengekstrakan uranium dan thorium dari proses nadir bumi di Bukit Merah sejak 1986 juga merupakan testimoni kepada keupayaan Pusat SmaRRT. Bukan itu sahaja, Pusat SMaRRT juga bekerjasama dengan pelombong-pelombong tempatan untuk memahami dan memproleh pengalaman dan pengetahuan untuk memproses nadir bumi karbonat yang dihasilan oleh lombong-lombong tersebut. Dengan kapasiti penyelidik utama dan warga Pusat SMaRRT berjumlah lebih 20 orang sepenuh masa, menjadikannya pusat penyelidikan nadir bumi terbesar dan terpenting di Malaysia bermula dari perlombongan hingga ke pemprosesan serta kelestarian alam sekitar.

Di makmal Pusat SMaRRT, beberapa loji mini pemprosesan nadir bumi IAC juga telah beroperasi untuk dijadikan sebahagian dari kajian-kajian yang dijalankan. Tambahan pula model tekno-ekonomi untuk mendirikan kilang dan operasi juga telah dibangunkan. Kos, kaedah pengeluaran, analisa ekonomi, analisa kualiti dan kuantiti, keperluan kuantiti bahan mentah beserta dengan keluasan tanah lombong dan lain-lain data telah di bangunkan.

Sebuah sayarikat yang akan menumpukan kepada industri nadir bumi secara holistik dengan merangkumi rangkaian bekalan dan nilai telah ditubuhkan dan menjadikan Pusat SMaRRT sebagai rakan strategik dalam pembangunan teknologi. Syarikat ini adalah Nadibumi International Sdn Bhd yang ditubuhkan sepenuhnya oleh warga Malaysia, yang merupakan syarikat tempatan yang akan memainkan peranan penting terutama dalam pembangunan industri kritikal mineral negara terutama nadir bumi di pantai timur dan juga negeri-negeri lain.

Kejayaan syarikat beserta universiti dalam pembangunan industri nadir bumi ini juga akan bergantung sejauh mana sokongan dan dokongan dari agensi kerajaan berkaitan; supaya sebuah kilang nadir bumi tempatan dapat dibangunkan segera. Seluruh dunia tertunggu-tunggu pengeluaran kilang pemprosesan nadir bumi kerana kilang seperti Lynas telah sepenuhnya dibeli produknya oleh syarikat Jepun yang menghantar ke Vietnam untuk pembuatan magnet.

Kami percaya inisiatif syarikat seperti Nadibumi International Sdn Bhd dengan Kerjasama Pusat SMaRRT Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah amat penting dan kritikal jika negara hendak menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi hijau pada masa akan datang. Dengan wujudnya kilang pemprosesan nadir bumi yang mengeluarkan nadir bumi oksida, pelabur-pelabur dalam bidang tenaga hijau seperti kincir angin (windmill), kenderaan eletrik dan lain-lain akan tertarik untuk melabur di Malaysia. Kita pula boleh berbangga dengan penubuhan kilang ini pada masa terdekat yang sepenuhnya dibangunkan oleh warga Malaysia dengan teknologi tempatan tanpa bergantung kepada China dan Australia.

Dato Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz & Prof Madya Dr Mohd Yusri Mohd Yunus

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan Gadaikan Tanah Melayu Yang Masih Berbaki

Next Post

BERSIH Dan Hipokrasi Kerajaan

Related Posts