Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak – Dr Fadilah

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah

Bangi – Tragedi penemuan mayat kanak-kanak yang berusia 3 tahun dengan keadaan terikat di Lahad Datu, Sabah ternyata mengejutkan ramai pihak.

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah menzahirkan rasa simpati beliau ke atas mangsa dan mengharapkan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang besar ini.

Beliau ketika dihubungi juga berkata, kes-kes keganasan yang melibatkan wanita adalah satu isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak hatta oleh masyarakat mahupun kerajaan.

Apa jua masalah yang melatari sesuatu kes penderaan kanak-kanak dan sama ada ianya berat ataupun tidak, ia tetap merupakan tugas utama yang patut diutamakan oleh pihak kerajaan dan masyarakat.

Hal ini kerana ia secara tak langsung melambangkan ketamadunan sesuatu umat dan negara.

Tambah beliau, solusi kepada permasalahan ini boleh ditingkatkan melalui kesedaran melalui pendidikan yang merangkumi nilai-nilai kemanusiaan.

“Sudah tiba masanya, pihak berkepentingan , duduk untuk menilai semula sistem pendidikan kita bagi memastikan masyarakat bukan sahaja maju dari segi material dan ekonomi tetapi kaya dengan akhlak , adab serta ciri-ciri kemanusiaan.”

“Mana-mana penganut pastinya diajarkan tentang sifat insani dan kasih sayang sesama insan. Sekarang kita banyak lihat ilmu berkenaan materialistik dan duniawi yang banyak ditekankan di sekolah sehingga melupakan ilmu berkenaan moral manusiawi”.

Terdahulu,  seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun dalam keadaan tangan diikat di kawasan semak dipercayai dibunuh dalam kejadian di Kampung Panji semalam.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan berdarah dan kepalanya turut tersepit di antara dua belah pokok sebelum melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Ideologi Songsang Tiada Hak – Ir Ts Lukman

Next Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Fokus Kebajikan Guru KAFA, Bukan Fitnah- Zulkifli Yahya

Related Posts