Wajar Perkenalkan Semula GST – Isma Aiman

Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Bangi – Perbincangan berkenaan adakah wajar cukai GST diperkenalkan semula ataupun tidak sedang hangat dibincangkan di peringkat kerajaan hingga rakyat.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman juga tidak terlepas dalam membincangkan isu ini secara terbuka.

Ketika dihubungi berkata, beliau secara peribadinya berpendapat wajar untuk kerajaan memperkenalkan semula cukai GST kerana selain dapat dijadikan sebagai pendapatan untuk kerajaan, ia juga adil apabila mencakupi semua lapisan rantaian bekalan iaitu daripada pengeluar hingga ke pembeli runcit.

Secara teknikalnya beliau menambah, ia baik daripada cukai SST yang mengenakan sebanyak 16% berbanding GST hanya 6%.

“Saya faham kalau taknak terpalit GST dengan kerajaan BN yang lepas, seolah-olah diorang ni hero. Tetapi, benda yang menguntungkan dia, kenapa taknak buat? Ada tangan2 gelap yang menahan benda tu berlaku ke? Ketelusan tu yang kita nak cari.”

“Kata perjuangkan transparency. Secara logiknya, yang tak suka GST ni pengilang dan peniaga bisnes berjuta-juta tak suka sebab kena bayar lebih untuk setiap aspek pengeluaran macam bahan mentah dan lain-lain. Adakah jiwa penguatkuasa dan pemerintah telah dibeli untuk menghalang kebaikan bersama rakyat?” tambah beliau.

Jelas beliau lagi, penambahan cukai yang baharu perlu tepat pada sasaran cukai itu perlu dikenakan oleh kerajaan.

“Macam windfall tax untuk cukai keuntungan melampau, itu adil kerana untung melampaui batas ni mesti ada ketirisan dan ketidakadilan yang berlaku. Macam kalau menang tender kerajaan dan untung besar sebab tak bayar gaji, memang tidak adil lah. Ataupun budaya mark-up kos yang melampau, macam wujudnya sub-contractor untuk wujudkan makhluk yang untung makan angin dan juga mengambil kesempatan atas tragedi, macam COVID-19 dan vaksin yang dicaj mahal ke kerajaan” tegas beliau.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berkata di sidang media akhbar menjelaskan bahawa berkemungkinan cukai GST akan diperkenalkan semula oleh kerajaan yang kali terakhir diimplementasikan pada 2018 namun mendapat respon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa cukai GST tidak sesuai diperkenalkan pada waktu sekarang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Cuti-Cuti Anak Watan

Wanita BERJASA Gencar Demi Masa Depan Negara

Next Post
Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

BERJASA Sedia Bekerjasama Dengan PN – Zulkifli Yahya

Related Posts