Hak Bumiputera Wajib Dipertahankan Generasi Muda

hak bumiputera

Kajian yang dibuat oleh pusat kajian Merdeka Center menunjukkan masih ramai anak muda yang berpendapat hak Bumiputera perlu dikekalkan di Malaysia.

Kajian tersebut menunjukkan 49 peratus responden bersetuju dan menyokong hak Bumiputera perlu dikekalkan manakala 48 peratus berpendapat sebaliknya iaitu hak secara sama rata perlu dilakukan untuk semua kaum.

Dalam keputusan yang melibatkan responden yang berbangsa Melayu sahaja iaitu seramai 1,605 responden, 73 peratus menyokong hak Bumiputera dikekalkan manakala 24 peratus cenderung ke arah hak sama rata.

Seorang responden yang merupakan anak muda berusia 23 tahun berpendapat hak Bumiputera yang telah sekian lama diwujudkan di Malaysia ini wajar dikekalkan oleh kerajaan.

Beliau yang sebelum ini menuntut di universiti swasta mengakui yuran pengajiannya agak mahal untuk pelajar yang berbangsa Melayu maka hak Bumiputera yang telah lama ada ini mampu “menyelamatkan” beliau untuk menyambung pengajian.

Pendapat ini turut dikongsi bersama dengan Syakir Hamzah yang merupakan pesawah padi di negeri Kedah yang berpendapat penghapusan hak Bumiputera akan meninggalkan kumpulan miskin di Malaysia yang majoritinya orang Melayu dengan lebih jauh.

Dalam masa yang sama juga beliau berpendapat ia bukannya satu kelebihan ataupun “privileges” kepada orang Melayu melainkan hanya sebagai jaringan keselamatan untuk ekonomi masyarakat yang berpendapatan rendah seperti dirinya.

Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Bumiputera Wajib Dikekalkan

Hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak wajib dikekalkan oleh kerajaan tanpa ada sebarang alasan sekalipun.

Hak bumiputera yang melibatkan agama, bangsa, negara, bahasa dan raja merupakan identiti utama Malaysia serta tiang seri kestabilan negara.

Perkara ini amat mudah untuk difahami kerana ia sudah lama dilaksanakan di Malaysia setelah Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

Tanah ini sebelum dijajah oleh bangsa Eropah lagi sudah ada tamadunnya sendiri maka tiada alasan hak Bumiputera perlu dihapuskan kononnya untuk mewujudkan masyarakat yang adil di Malaysia.

Kerencaman yang ada pada Malaysia kini telah terbentuk setelah datangnya penjajah dengan membawa kumpulan kaum daripada luar untuk menjadi buruh paksa di sini.

Terma “jus soli” dan perjanjian sosial merupakan dua elemen yang sering disebut dalam konteks proses penerimaan kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara Malaysia.

Sudah banyak dikorbankan oleh orang Melayu dalam menerima mereka apatahlagi terpaksa bersetuju dengan permintaan mereka untuk mendirikan sekolah vernakular.

Bukan itu sahaja malahan orang Melayu menerima kaum Cina dan India sebagai warganegara dalam keadaan di mana orang Melayu ketinggalan dari segi kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan kaum Cina.

Namun amat menghairankan masih ada lagi suara sumbang yang mahu hak ini dihapuskan dengan alasan menindas kaum lain.

Mereka cuba bermain naratif songsang dengan mengatakan mereka tertindas sedangkan kemasukan ke universiti sudah pun menggunakan sistem merit bukannya kuota dan hak kekayaan ekonomi dibuka kepada semua kaum.

Malaysia sudah 55 tahun merdeka namun masih wujud lagi warganegara yang tidak memahami asas penting negara ini.

Jika benar mereka tidak berpuas hati dengan dasar yang sudah lama dijalankan di Malaysia ini, mungkin mereka boleh mencari negara lain yang memberikan hak sama rata seperti mereka mahukan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
identiti nasional

Tiong King Sing Tidak Hormat Identiti Nasional Dan Negara

Next Post
kubur 13 mei

Belum Diadakan Perbincangan, Kubur Mangsa 13 Mei Yang Menempatkan 2 kubur Orang Islam Digazetkan Sebagai Perkuburan Bukan Muslim

Related Posts