MB Selangor Jangan Angkuh, Isyarat Rakyat Sudah Jelas

Shah Alam – Kenyataan Dato’ Seri Amirudin Shari yang menegaskan bantuan terhadap kaum-kaum lain di Selangor tidak akan berkurangan walaupun kurang mendapat undi orang Melayu sewaktu pilihan raya negeri (PRN) Selangor yang lalu dilihat agak angkuh dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Walaupun kenyataan tersebut tidak menggambarkan bantuan untuk orang Melayu akan berkurangan namun beliau sepatutnya sedar bahawa signal penolakan oleh pengundi Melayu di Selangor sudah ditunjukkan secara jelas ketika PRN tersebut. Namun beliau masih tidak sedar tentang hal ini malahan memandang dengan sebelah mata sahaja tentang isu ini.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menegaskan bahawa Dato’ Seri Amirudin Shari seakan telah selesa dengan pentadbirannya sedangkan dapatan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu tidak begitu gembira dengan situasi yang terkini.

“Beliau sepatutnya sedar bahawa kehilangan beberapa kerusi milik PH sebelumnya di Selangor sewaktu PRN baru-baru ini menampakkan secara jelas bahawa pengundi Melayu di Selangor sudah muak dengan PH. Tidak mustahil pengundi-pengundi ini akan beralih kepada PN pada masa akan datang”.

“Isu utamanya sekarang adalah kerajaan kini di peringkat nasional banyak membuat keputusan yang dilihat tidak menyebelahi orang Melayu terutamanya dari segi isu ekonomi, perundangan syariah dan juga hak sosial. Maka ketidakpuashatian ini telah diterjemahkan oleh orang Melayu melalui undi ketika PRN lalu”, tegas beliau.

Tambah beliau lagi, menyamaratakan pemberian bantuan kepada semua kaum hanya dilihat indah secara zahirnya sahaja sedangkan beliau sepatutnya berpegang kepada konsep adil yang lebih sesuai untuk diimplimentasikan oleh kerajaan negeri. Adil bermaksud meletakkan sesuatu di tempatnya maka menyamakan situasi yang dialami oleh masyarakat Cina dan India dengan nasib masyarakat Melayu berbeza jauh sama sekali.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hadis 40: Bukan Islam Jangan Campur Hal Ehwal Islam

Next Post

Apa Khabar Sistem Kehakiman Negara Kita?

Related Posts