Kenyataan Fuziah salleh memakan diri

Penularan video memaparkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh yang mengatakan perbelanjaan di pasar raya dengan anggaran perbelanjaan di bawah jumlah RM200 telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat. Antara barangan dibeli ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.

Majoriti rakyat yang menonton menzahirkan rasa ketidakpuashatian mereka dengan mengatakan mereka tidak setuju bahawa jumlah perbelanjaan sebanyak RM200 cukup untuk berbelanja di pasar raya. Mereka berpendapat Fuziah Salleh tidak bercakap berdasarkan realiti.

Susulan daripada tersebarnya video tersebut sambil diiringi bersama kecaman daripada rakyat, Fuziah Salleh terus mengarahkan Pegawai Khas beliau untuk melakukan laporan polis kerana video tersebut telah mencalarkan imejnya dan penyebaran video tersebut bermotifkan politik. Beliau menegaskan lagi bahawa video itu adalah video lama yang telah dirakam pada bulan Julai yang lalu di Langkawi, Kedah.

“Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ”, jelas beliau seperti yang dipetik daripada portal Harian Metro.

Kenyataan beliau itu sebenarnya langsung tidak mengubah realiti pada waktu tersebut iaitu Julai bahawa harga barang telah pun mengalami peningkatan yang menekan rakyat. Dalam video tersebut juga, beliau dengan sukacitanya berkata “Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup, kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai”.

Jika kita telusuri berita Harian Metro yang bertarikh 15 Julai 2023 bertajuk ‘Tiba-tiba semua harga barang naik mendadak, pengguna sangat terbeban’, ini menampakkan bahawa pada bulan tersebut bahawa pengguna sudah pun mengalami tekanan kos sara hidup yang tinggi. Harga barangan yang dahulunya rendah nilainya sudah naik berkali ganda.

Pada bulan yang sama juga  Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan tiada kenaikan harga barang keperluan asas seperti yang didakwa sesetengah pihak seterusnya menafikan kenyataan Nivas Ragavan tersebut.

Namun demikian, pernyataan daripada KPDN tersasar kerana gelombang kenaikan harga barang telah pun mula dirasai pada Ogos tahun ini. Sewaktu tersebarnya berita mengenai berkemungkinan terjadinya kenaikan harga beras import yang mana memperlihatkan harga beras di Asia mencecah paras tertinggi dalam tempih 15 tahun pada awal Ogos, kerajaan dilihat langsung tiada perancangan untuk menghadapi isu ini dan akhirnya kesan buruk mula terjadi pada bulan September ini.

Malaysiakini yang merupakan portal berita yang pro-kerajaan juga melaporkan pada 16 Ogos 2023 bahawa kuasa membeli rakyat semakin lemah dan keadaan ini berbeza dengan kenyataan pemimpin kerajaan yang melaporkan kedudukan ekonomi negara kita berada pada tahap yang tertinggi.

Hal ini menunjukkan bahawa tempoh antara Julai sehingga September iaitu sekarang trend harga barang mencatatkan kenaikan secara berterusan bukannya menurun walaupun untuk sekali. Maka kenyataan Fuziah Salleh yang membidas penyebaran video tersebut kerana membawa mesej yang salah sebenarnya kurang bijak kerana harga barang pada bulan tersebut sememangnya sudah mahal.

Beliau sepatutnya sebagai pemimpin kerajaan dalam kementerian yang penting perlu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah ini kerana rakyat memilih anda untuk menjaga kebajikan mereka bukannya mendengar alasan anda dan terus bermain dengan sentimen penafian secara terus-menerus.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Hari Hitam Parlimen Malaysia

Next Post

Hala Tuju Aset Digital Di Malaysia Masih Kabur

Related Posts