Apa Khabar Sistem Kehakiman Negara Kita?

Pembebasan tanpa dilepaskan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam atas 47 pertuduhan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Keputusan tersebut bukan sahaja disambut dengan baik oleh penyokong UMNO yang setia di sisi beliau selama ini bahkan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang percaya kepada agenda reformasi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menumpang gembira. Mereka senada berpendapat dakwaan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah dakwaan yang bermotifkan politik walhal sebelum ini ahli pimpinan PH yang rancak menyebut perjuangan melawan rasuah dan kronisme.

Penulisan ini bukannya bertujuan ingin mempertikaikan kuasa mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap pesalah namun terdapat kemusykilan melibatkan isu ini. Dua peruntukkan di dalam perlembagaan iaitu Seksyen 254(1) Kanun Keseksaan dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa penuh kepada pendakwa raya untuk teruskan atau tidak kes pendakwaan dan kuasa penuh adalah terletak kepada pendakwa raya iaitu Peguam Negara.

Apa yang ingin dipertikaikan di sini ialah bukannya soal keputusan mahkamah namun keputusan pendakwa raya untuk tidak teruskan dengan mohon DNAA (discharge not amounting to acquittal). Menjadi persoalan yang terbesar di sini juga ialah kes perbicaraan ini sudah melepasi peringkat ‘prima facie’ yang bermaksud mahkamah sudah putuskan terdapat elemen jenayah dalam kes tersebut.

Ramai pihak merasakan digula-gulakan oleh Perdana Menteri yang daripada awal ucapan kempen pilihan raya umum (PRU) sehingga menjawat jawatan di Putrajaya bercakap soal melawan rasuah, tatakelola dan integriti namun kini bertindak sebaliknya dengan membebaskan rakan sejawatannya merangkap ‘anak murid’ beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MB Selangor Jangan Angkuh, Isyarat Rakyat Sudah Jelas

Next Post

Wacana Impian Nasional: Islamofobia atau Islamodium?

Related Posts