Ekonomi Malaysia Tidak Stabil

Belum lagi selesai isu inflasi dan kejatuhan nilai mata wang Ringgit, Malaysia dikejutkan pula dengan laporan penutupan kilang Panasonic tidak lama lagi.

Penutupan kilang ini bakal mengakibatkan ratusan pekerja Panasonic di Malaysia kehilangan pekerjaan.

Antara kilang Panasonic yang ingin ditutup terletak di Shah Alam, Melaka dan Johor dengan mempertimbangkan untuk memindahkan operasi kilang ke India dan Vietnam.

Bukan itu sahaja, sebelum ini Royce Tan Seng Hooi dari MIDF Research dalam laporan aliran pasaran pada Mac 2023 berkata dana terus meninggalkan Bursa Malaysia secara berterusan untuk minggu ketiga berturut-turut.

Ini bermakna pelabur asing terus hilang kepercayaan kepada Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, walaupun kadar jualannya dilihat lebih perlahan iaitu sebanyak RM536 juta minggu lalu, berbanding RM556.9 juta minggu sebelumnya.

Antara faktor signifian kepada penutupan kilang adalah berpunca daripada pengeluaran yang semakin jatuh dan peningkatan kos buruh.

Namun apa yang pasti, ini menampakkan Malaysia bukan lagi menjadi destinasi pelaburan yang menarik buat pelabur asing.

Ketidakcekapan Malaysia mengawal situasi ekonomi sedangkan dalam masa yang sama para pelabur bergelut untuk bertahan menampakkan Malaysia perlu mengambil jalan yang panjang untuk memulihkan ekonominya.

Asyik berpolitik berbanding tindakan perlaksanaan menjadikan kerajaan sekarang begitu lemah untuk mentadbir negara.

Pena

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lim Kit Siang : Wajar Lupakan Agenda Malaysian Malaysia – Presiden BERJASA

Next Post

Pencen RM2 Billion: Wajib Berbaloi Setara Komitmen

Related Posts