Malaysia Bina Pangkalan Tentera Laut Di Sarawak Untuk Kekang China Di Laut China Selatan

laut china selatan

Malaysia menunjukkan komitmennya untuk menjaga perairan di Laut China Selatan daripada ancaman pencerobohan China apabila membina pangkalan tentera laut baharu di Bintulu, Sarawak.

Pangkalan tentera laut ini dijangka siap pada tahun 2030 dan turut meliputi perlindungan keselamatan perairan Sabah.

Pembinaan pangkalan ini dilihat dibuat tepat pada masanya dikala China sejak kebelakangan ini begitu agresif menceroboh zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia di luar pantai Sarawak.

Bukan sahaja Malaysia malahan China turut bertindak sama terhadap negara jiran yang lain apabila menceroboh perairan milik Filipina dan Vietnam.

China telah bertindak merempuh kapal milik Filipina iaitu BRP Teresa Magbanua dan menyerang bot nelayan Vietnam sehingga mendatangkan kecederaan.

Sebelum ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) beroperasi di Malaysia Timur di pangkalan tentera laut Labuan,Teluk Sepanggar dan Sandakan.

Semua pangkalan itu terletak di bahagian Borneo Utara maka pembinaan pangkalan tentera laut di Bintulu ini akan menjadi pangkalan yang pertama di Sarawak.

Kedudukannya begitu strategik kerana berhampiran dengan Luconia khususnya di medan gas Kasawari yang dianggarkan mengandungi kira-kira 90.61 bilion meter padu gas asli.

Maka TLDM mempunyai kelebihan untuk melindungi kawasan berharga itu jika berjaya menduduki perairan Bintulu secara sepenuhnya.

Malaysia Wajar Pandang Serius Isu Pertikaian Laut China Selatan

Malaysia sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan China tidak kira dari segi hubungan politik mahupun ekonomi.

Hal ini dapat dibuktikan melalui sokongan China terhadap hajat Malaysia untuk menyertai pakatan BRICS pada Julai lalu.

Selain itu, jika dibandingkan dengan ancaman pencerobohan yang dilakukan oleh China terhadap Filipina dan Vietnam menunjukkan ia tidak seteruk yang diterima oleh Malaysia apabila mereka bertindak terus melakukan provokasi yang melampau kepada dua buah negara tersebut.

Mungkin ini didasari atas faktor hubungan baik antara Malaysia dengan China yang sudah lama terjalin.

Namun begitu, ia bukannya menjadi satu tiket kepada Malaysia untuk sentiasa berlembut dengan China kerana mereka sepatutnya sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan ada hak untuk mempertahankan perairannya daripada negara luar.

Malaysia wajar memandang serius isu pertikaian Laut China Selatan ini agar negara-negara lain termasuk China sedar bahawa Malaysia amat mementingkan kedaulatannya.

Selain daripada faktor keselamatan, faktor ekonomi juga perlu dipertimbangkan kerana Sarawak menyimpan 61% anggaran rizab minyak Malaysia yang dipercayai sekitar 4.2 bilion tong minyak dan selebihnya 20% di Semenanjung dan Sabah sebanya 19%.

Atas semangat persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kedaulatan dan perlindungan keselamatan Sabah dan Sarawak wajar dipandang serius oleh Putrajaya bagi memastikan tiada pihak yang terabai dari sudut kebajikan keselamatan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
cukai gst

Dahulu Rafizi ‘Sekolahkan’ Najib Soal Cukai GST, Sekarang Anwar Kata GST Terbaik

Next Post
cukai warisan

Rakyat Sukar Beli Rumah Jika Kerajaan Laksanakan Cukai Warisan

Related Posts