Adakah Kenaikan Kos Sara Hidup Di Malaysia Menjadi Cabaran Untuk 2025?

kenaikan kos sara hidup

Tahun 2024 bakal menyingkap tidak lama lagi dan hanya tinggal berapa jam sahaja lagi untuk menyambut ketibaan 2025 namun apakah makna tahun baharu jika kenaikan kos sara hidup di Malaysia masih belum selesai.

Sukar untuk menafikan kehidupan rakyat yang masih bergelut dengan kenaikan harga barang keperluan sekali gus meningkatkan perbelanjaan mingguan dan bulanan isi rumah sepanjang tahun 2024 ini.

Rakyat perlu berbelanja lebih untuk membeli barang keperluan di tambah pula mereka menghadapi masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan dan telur yang paling jelas sekali.

Rata-rata pengguna berpendapat bahawa mereka kini perlu bijak dalam mengatur perbelanjaan terutamanya barangan keperluan harian.

Saban tahun masalah kenaikan kos sara hidup ini didengari namun kerajaan yang silih berganti pun masih gagal untuk menyelesaikannya.

Ahli politik masing-masing yang berada di blok kerajaan mahupun pembangkang rancak mencanang mereka mempunyai formula yang terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup namun itu hanya omongan kosong sahaja.

Kenaikan Kos Sara Hidup Untuk 2025 Dijangka Lebih Mencabar

Penarikan subsidi bagi barangan asas dan tenaga dilihat akan mencetuskan beberapa mekanisme ekonomi yang memberi kesan langsung kepada kadar inflasi dan kuasa beli rakyat.

Subsidi yang ditarik akan menyebabkan harga pasaran akan disesuaikan semula mengikut keseimbangan penawaran dan permintaan yang sebenar.

Sebagai contohnya, subsidi untuk RON95 akan dibuat secara bersasar dan pelaksanaannya masih belum dibentangkan oleh kerajaan bagi memastikan tiada rakyat yang terlepas untuk menikmati subsidi itu.

Kekhuatiran mula timbul jika pelaksanaan subsidi bersasar ini dibuat secara tidak telus dan akhirnya mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat sahaja.

Pengenalan kumpulan T15 seperti yang dicanang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga masih belum dimuktamadkan sedangkan tahun 2025 sudah makin mendekat dan tahun tersebut akan dikenali sebagai tahun yang penuh dengan reformasi ekonomi.

Masalah kenaikan kos sara hidup ini sebenarnya berpunca daripada kuasa kartel dan monopoli yang sudah lama bertapak di Malaysia maka kerajaan seharusnya membanteras kartel ini dengan serius dan agresif.

Menteri Keselamatan Makanan dan Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan kementeriannya sudah di dalam fasa akhir menyiapkan laporan mengenai kartel beras di Malaysia.

Rakyat amat mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana mereka sudah sekian lama terhimpit dengan krisis ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tarif elektrik

Tarif Elektrik Singapura Turun Mulai 2025, Tarif Elektrik Malaysia Pula Dicadangkan Naik

Next Post
beras putih tempatan

Masalah Beras Putih Tempatan Belum Selesai, Kini Cadang Pula Mahu Import Dari Pakistan

Related Posts